Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PS5 Golden Rock Dari Caviar Diperbuat Daripada 20kg Emas 18 Karat

Posted on Disember 30, 2020

Caviar baru-baru ini telah mengumumkan beberapa produk terkemuka yang diperbuat daripada emas tulen. Selain, AirPods Max yang nilainya sama harga sebuah rumah, Caviar juga mengeluarkan PlayStation 5 edisi khas yang dipanggil PS5 Golden Rock.

PS5 edisi khas ini diperbuat daripada emas 20 kg 18 karat dengan rekaan 3D pada konsol ini menjadikan ia dilihat sebagai produk yang sangat mewah.

Bagi alat kawalan PS5 – DualSense pula mempunyai kemasan daripada kulit buaya serta emas pada bahagian touchpad.

Buat masa sekarang, Caviar tidak mengumumkan harga bagi edisi khas ini akan tetapi ia pasti menjadi konsol gaming termahal di dunia dimana mungkin pada harga €1.5 juta (~RM7.4 juta).

Seperti biasa, spesifikasinya sama sahaja seperti PS5 yang anda boleh beli pada harga sekitar RM2000. Namun, Caviar menyatakan PS5 Golden Rock ini hanya dibuat satu unit sahaja di dunia.

Dalam pada itu, Caviar sebenarnya melancarkan 4 produk mewah yang digelar Fantastic Four Collection yang terdiri daripada jenama – Apple AirPods Max, Samsung Galaxy S21 Ultra, PS5 Golden Rock dan Nike Air Jordan dimana masing-masing diperbuat daripada emas.

Sumber: Caviar , letsgodigital

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress