Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG 1 (2)

Huawei Akan Naik Taraf Infrastruktur TVET Dengan Teknologi

Diterbitkan Disember 19, 2024 oleh Rushsyafizal

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersama Huawei Malaysia kini berganding bahu untuk merevolusi pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini. Kerjasama strategik ini akan memanfaatkan teknologi canggih dan kepakaran global Huawei untuk meningkatkan daya saing tenaga kerja Malaysia.

IMG 3

Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Huawei Malaysia, inisiatif ini akan memperkenalkan teknologi seperti AI, rangkaian 5G, pengkomputeran awan, data besar, serta Internet of Things (IoT) ke dalam ekosistem TVET tempatan.

Projek rintisnya, Pusat Pembelajaran TVET Huawei, dijangka ditubuhkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Ia akan menawarkan kursus bertauliah Huawei, dengan latihan praktikal menggunakan peralatan teknologi tinggi. Kumpulan pertama yang melibatkan 2,000 pelatih termasuk guru TVET, jurutera industri, dan pelajar akan menjalani penilaian bagi mendapatkan sijil yang diiktiraf industri.

IMG 2

Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim, menekankan pentingnya kerjasama ini sejajar dengan Dasar TVET Nasional 2030. “Kerjasama ini adalah langkah strategik dalam memperkasa TVET Malaysia, melengkapkan rakyat dengan kemahiran abad ke-21 seperti AI, pendigitalan, dan ekonomi hijau,” ujarnya.

Huawei juga akan menaik taraf infrastruktur kampus TVET dengan teknologi seperti bilik darjah pintar, kampus pintar, Wi-Fi 7, dan pusat data TVET. Usaha ini akan meningkatkan pengalaman pembelajaran hibrid dan mempercepat pendigitalan sektor latihan kemahiran.

Kerjasama ini turut disertakan dalam inisiatif Akademi ICT Huawei, yang memberi peluang kepada pelajar TVET untuk mendapatkan pendedahan industri secara praktikal.

Dengan sinergi ini, Malaysia bergerak maju untuk mencapai matlamat digitalnya, membina tenaga kerja yang tahan lasak dan berdaya saing di peringkat global.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Astro Bot Dominasi Anugerah PlayStation Game of The Year 2024
  • Rundingan Tamat, Hala Tuju Pelaksanaan Sistem Tol Tanpa Palang Akan Dibawa Ke Kabinet
  • Kerajaan Akan Percepatkan Pendigitalan Perkhidmatan Melalui Inisiatif GovTech
  • Tiada Syarat Tambahan Pembaharuan Lesen Memandu Warga Emas - JPJ

Sumber: Siaran media Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY