Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMAGE 1 (3)

HUAWEI MatePad 12 X Kini Tersedia Di Malaysia

Diterbitkan November 29, 2024 oleh Rushsyafizal

Huawei sebelum ini telah melancarkan HUAWEI MatePad 12 X, tablet yang memberikan pengalaman seperti PC, kini ia telah dijual secara fizikal bermula hari ini.

Direka khas untuk golongan profesional, pelajar, dan pencipta kandungan, MatePad 12 X hadir dengan PC-level WPS Office, lengkap dengan ciri untuk dokumen, hamparan, dan pembentangan, serta integrasi lancar dengan Microsoft Office 365.

Dengan MatePad 12 X, anda boleh menyediakan pembentangan klien, mengedit bajet, atau menyusun nota akademik menggunakan One-Touch Split Screen. Fungsi ini membolehkan anda bekerja dengan dua dokumen serentak tanpa gangguan.

Dilengkapi bateri besar 10,100 mAh, tablet ini mampu bertahan hingga 14 jam untuk video atau 12 jam melayari web. Apabila bateri habis, teknologi 66W HUAWEI SuperCharge memastikan pengecasan penuh dalam masa 85 minit. Setiap pembelian HUAWEI MatePad 12 X didatangkan dengan aksesori.

  • HUAWEI NearLink Keyboard untuk pengalaman menaip yang selesa.
  • HUAWEI M-Pencil 3rd Gen untuk menulis, melakar, dan anotasi dokumen dengan lebih tepat.
  • Paparan PaperMatte anti-silau dan kalis cap jari.

Dengan HUAWEI Notes, anda boleh mengambil nota sambil merakam audio masa nyata. Untuk pencinta seni, aplikasi GoPaint menawarkan lebih 150 berus profesional dan tekstur realistik.

matepad 12 X-Features-Web-1

MatePad 12 X hadir dalam warna Metallic White atau Greenery, dengan reka bentuk logam penuh, berat hanya 555g, dan ketebalan 5.9mm – sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak.

HUAWEI MatePad 12 X dijual pada harga RM2,999, bersama hadiah bernilai RM2,624, termasuk HUAWEI FreeBuds 5, papan kekunci pintar, tetikus, beg galas, dan perlindungan skrin selama setahun.

Tablet ini kini boleh didapati melalui HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, serta di HUAWEI Experience Stores seluruh Malaysia.

Beli di:

Shoppe – https://invl.io/clm1ole

Lazada – https://invol.co/clm1olk

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • YTL Paling Corot, Gagal Siapkan 51 Menara Fasa 1 JENDELA - Fahmi
  • Australia Luluskan Larangan Media Sosial Untuk Remaja Bawah 16 Tahun
  • Pelanggan Astro Boleh Tonton Filem Astro First Secara Percuma
  • World ID Credential Kini Diaktifkan Di Malaysia

Sumber: Siaran media Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY