Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sorok following profil tiktok 2

Cara Sorokkan Senarai ‘Following’ Di Profil TikTok

Diterbitkan Ogos 30, 2022 · Dikemas kini September 9, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kali ini kami kongsikan cara untuk menyembunyikan siapa yang anda ikuti di TikTok dengan menyekat mereka mengakses senarai ‘ Following’.

Angka Following masih akan terpapar namun mereka tidak dapat ketahui siapa di dalam senarai itu. Hal ini kerana apabila mereka menekannya, TikTok akan memberitahu ia tidak dapat diakses.

Mungkin ramai tidak sedar namun sebenarnya anda boleh melakukannya walaupun akaun anda tidak ditetapkan sebagai ‘private’.

Berkaitan

  • Gen Z Lebih Gemar Guna TikTok Untuk Carian Berbanding Google - Kajian Google
  • Ketua Instagram Jawab Gesaan Untuk Berhenti Cuba Menjadi TikTok
  • Laporan Dedahkan TikTok Akan Saingi Spotify Pula
  • Cara Lihat Kembali Sejarah Tontonan Di TikTok
  • TikTok Didakwa Boleh Pantau Apa Sahaja Yang Ditaip Dalam Pelayar Aplikasi
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"

Cara sekat akses pengguna lain terhadap senarai ‘Following’

1. Buka aplikasi TikTok.

2. Tekan Profile/Profil.

3. Tekan garis 3 di bucu kanan atas.

4. Tekan Settings & Privacy/Tetapan dan privasi.

5. Masuk ke Privacy/Privasi.

sorok following tiktok (1)

6. Tatal ke bawah, tekan Following List/Senarai mengikut.

sorok following tiktok (2)

7. Pilih ‘Only me’/’Hanya saya’.

sorok following tiktok (3)

Jika akaun untuk ditetapkan umum, maka dua pilihan tersedia ialah Everyone dan Only. Tapi jika anda ditetapkan ke ‘Private’ atau ‘Akaun Peribadi’, maka pilihanya antara Followers dan Only me.

Dengan ini, hanya anda saja boleh melihat senarai akaun yang diikuti anda.

Untuk petua tambahan seperti bagaimana mengetahui video yang pernah melalui susur masa anda, baca artikel INI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY