Cara Lihat Kembali Sejarah Tontonan Di TikTok

Pernahkah berada dalam situasi di mana anda sedang scroll atau menatal aplikasi TikTok, apabila tiba video yang ingin ditonton, lain pula terjadi. Tanpa sengaja, anda meleret atau slide ke bawah dan akhirnya hilang video yang sedang ditonton.

Ataupun, sedang asyik anda meleret ke bawah dengan laju, timbul pula video yang menarik perhatian. Namun, disebabkan anda meleret dengan laju, video tersebut hanya sekadar sempat ditonton sekilas pandang atau sekitar 1-2 saat sahaja sebelum timbul video yang lainnya.

{suggest}

Jika itu terjadi, anda mungkin tertanya bagaimana cara untuk mendapatkan atau mencari semula video tersebut.

Bagi anda yang belum tahu, berikut kami sediakan cara mudah untuk melihat semula video TikTok yang tidak habis ditonton itu.

1. Buka aplikasi TikTok.

2. Di bahagian Profile, tekan pada garisan tiga baris. Kemudian pilih Setting & Privacy.

3. Setelah itu, tekan pada Watch history atau Sejarah tontonan di bahagian kandungan & aktiviti.

Di bahagian tersebut, anda akan menjumpai semua video yang telah ditonton termasuk video yang tidak habis ditonton atau video yang hanya sempat ditonton beberapa saat. Tidak hanya itu, terdapat juga pilihan untuk memilih dan memadam video yang sudah ditonton.



Kini, anda tidak lagi perlu menekan butang like semata-mata untuk melihat semula video yang telah ditonton atau membuat carian kata kunci untuk mencari semula video tersebut. Namun begitu, perlu diketahui sejarah tontonan ini melibatkan semua video yang ditonton dalam tempoh 30 hari lepas sahaja dan tidak termasuk video LIVE atau Stories.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jika ada sebarang komen dan cadangan, tinggalkan komen di bawah.

Berkaitan