Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram

Ketua Instagram Jawab Gesaan Untuk Berhenti Cuba Menjadi TikTok

Diterbitkan Julai 27, 2022 · Dikemas kini Julai 27, 2022 oleh Nadiah Ab

Sehari selepas selebriti terkenal, Kylie Jenner dan Kim Kardashian mengkritik Instagram kerana “cuba menjadi TikTok”, Ketua Instagram, Adam Mosseri, berkongsi video untuk menjelaskan perubahan terbaru pada platform tersebut.

Ini berikutan Mark Zuckerberg, yang memiliki Facebook dan Instagram, telah melancarkan ciri video pendek, pasaran yang dikuasai TikTok pada platform mudah alih.

Ramai pengguna mula memberi maklum balas negatif terhadap perubahan itu, sehingga ada satu hantaran menggesa syarikat itu untuk “Make Instagram Instagram again“, yang lebih tertumpu pada gambar yang disiarkan oleh rakan, memperoleh lebih 1.6 juta likes dan menghasilkan hampir 170,000 tandatangan petisyen.

👋🏼 There’s a lot happening on Instagram right now.

I wanted to address a few things we’re working on to make Instagram a better experience.

Please let me know what you think 👇🏼 pic.twitter.com/x1If5qrCyS

— Adam Mosseri (@mosseri) July 26, 2022

Tambahnya lagi, jika pengguna melihat versi baharu skrin penuh pada feed mereka, ia hanyalah satu fasa ujian.

Mosseri berkata pengalaman pengguna masih perlu dipertingkatkan jika ia diperkenalkan kepada seluruh komuniti Instagram.

Mosseri juga mengakui telah mendengar banyak kebimbangan berkenaan pengesyoran pada platform, iaitu siaran yang muncul dalam feed pengguna daripada akaun yang tidak diikuti.

Menurutnya, pengesyoran bertujuan untuk membantu pengguna menemui kandungan baharu dan bertindak sebagai salah satu cara paling berkesan dan penting untuk membantu pencipta mencapai (reach) lebih ramai orang.

Ditambahnya lagi, jika pengguna tidak berminat dengan siaran seperti itu, pengguna boleh menutupnya atau menunda semua pengesyoran sehingga sebulan.

Walau bagaimanapun, video tersebut tidak menerima maklum balas yang memuaskan.

Video tersebut menerima lebih 19 ribu komen, yang kebanyakannya negatif dan menganggap penjelasan yang diberikan masih tidak “mendengar” rintihan pengguna Instagram.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY