Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
telegram ninjavan

Cara Jejak Barang Dihantar Ninja Van Secara Automatik Melalui Telegram

Diterbitkan November 9, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Apakah cara yang anda gunakan untuk menjejak barangan atau parcel yang dibeli melalui platform dalam talian? Apakah daripada aplikasi itu sendiri atau gunakan aplikasi pihak ketiga yang khas untuk menjejak pesanan?

Dulu, saya pernah menggunakan aplikasi seperti Tracking.my untuk menerima notifikasi dan jejak lokasi terbaru barangan yang dibeli. Hal ini kerana saya mematikan notifikasi Shopee.

Namun, Ninja Van menyediakan bot Telegram untuk memudahkan anda menjejak barangan dihantar mereka.

Cara untuk jejak barang yang dihantar melalui Ninja Van melalui Telegram:

  1. Buka pautan ini – https://telegram.me/ninjavan_my_bot?start=
  2. Tekan ‘Start’.
    • telegram ninjavan 1
  3. Masukkkan nombor telefon anda. Tekan ‘Yes’ jika nombor telefon tepat.
    • telegram ninjavan 2
  4. Masukkan kod OTP yang diberi melalui SMS.
  5. Tekan ‘Track my order’

telegram ninjavan 3

Bot akan terus memberikan status barang tersebut tanpa perlu dimasukkan tracking number.

Melalui pengalaman saya, antara faktor menarik ialah mana-mana barang akan datang yang didaftarkan dengan nombor telefon anda, bot Telegram tersebut akan terus memberitahu anda statusnya secara automatik.

Berkaitan

  • Shopee Kini Tetapkan Cara Baharu Untuk Tebus Baucar
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • ShopeePay Kini Sokong DuitNow, Pemindahan Wang Masuk Ke Akaun Bank Serta-Merta
  • ShopeePay Tamatkan Ciri 'Withdrawal', Ini Cara Lebih Pantas Pindah Wang Ke Akaun Bank
  • 'Buy Now Pay Later' Di Shopee Akan Dikenakan Caj Pemprosesan 1.5% Bermula Minggu Depan
  • Ramai Merungut Tentang Penghantaran, MyCC Arah Shopee Jelaskan Cara Atasinya Sebelum November

Contohnya, anda daftarkan nombor telefon anda hari ini di Telegram tersebut untuk jejak pencukur elektrik yang dibeli di Shopee.

2 minggu kemudian, anda beli pengering rambut yang juga dihantar melalui Ninja Van.

Bot Telegram tersebut terus akan menghantar mesej apabila barang tersebut mula didaftarkan dengan Ninja Van tanpa anda masukkan tracking number mahupun hubungi bot tersebut.

Sistem akan mengesan barangan itu milik anda melalui nombor telefon dan secara automatik memaklumkan lokasi atau status berkenaan parcel baharu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY