Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopeepay duitnow

ShopeePay Kini Sokong DuitNow, Pemindahan Wang Masuk Ke Akaun Bank Serta-Merta

Diterbitkan September 21, 2022 · Dikemas kini September 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

ShopeePay, salah satu perkhidmatan disediakan Shopee kini mula menyokong pemindahan wang ke dan daripada akaun bank dan e-wallet melalui ciri DuitNow Transfer.

Pemindahan wang ini juga akan berlaku serta-merta, bermakna wang akan masuk ke dalam akaun sejurus transaksi berjaya.

Sebelum ini, pemindahan dana daripada Shopee akan mengambil masa beberapa hari bekerja. Kini, tidak lagi.

image.png

Bukan itu saja, malah anda juga membayar barangan Shopee (check-out) dengan ciri DuitNow.

Jika anda tidak maklum, DuitNow membolehkan pemindahan wang menggunakan:

  • Nombor telefon
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor paspot
  • Nombor pendaftaran perniagaan,
  • Nombor ID polis/askar
  • Kod QR

Jadi pengguna lain tidak perlu masukkan nombor akaun bank yang berjela. Hanya guna nombor telefon anda atau lain-lain untuk transfer.

Tapi, anda haruslah daftarkan dulu akaun e-dompet atau bank mana yang diaktifkan DuitNow kerana ia tidak diaktifkan secara automatik.

ShopeePay Kini Sokong DuitNow, Pemindahan Wang Masuk Ke Akaun Bank Serta-Merta

Setiap individu juga mempunyai banyak akaun di pelbagai bank.

Sebagai contoh, saya pautkan akaun MAE dengan nombor telefon. Nombor kad pengenalan pula saya pautkan dengan akaun CIMB. Nombor paspot pula dengan TNG eWallet.

ShopeePay Kini Sokong DuitNow, Pemindahan Wang Masuk Ke Akaun Bank Serta-Merta

Dengan berita ini, bermakna anda boleh pautkan akaun ShopeePay anda dengan DuitNow. Apabila orang hantar wang melalui maklumat tadi, jadi duit akan masuk ke ShopeePay.

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman sokongan Shopee.

Sumber: Shopee

Berkaitan

  • Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang 'Sticker Boleh Tarik Line'
  • Shopee Akan Buang Pekerja Asia Tenggara
  • Shopee Kini Tetapkan Cara Baharu Untuk Tebus Baucar
  • Pengguna Android Sebenarnya Boleh Guna Google Pay Untuk 'Check-Out' Shopee
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY