Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Antara Barang Elektronik Yang Ada Diskaun Sempena Shopee 11.11

Shopee Kini Tetapkan Cara Baharu Untuk Tebus Baucar

Diterbitkan Julai 12, 2022 · Dikemas kini Julai 13, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Shopee mengumumkan pengehadan penggunaan baucar ketika check-out, berkuat kuasa bermula 8 Julai 2022.

Kini, pengguna hanya boleh menggunakan 1 baucar daripada Shopee dalam satu check-out untuk satu kedai tetapi untuk penggunaan baucar daripada penjual, ia tidak dihadkan.

Hi @pawople , kami memahami masalah yang anda hadapi . Namun , pengguna Shopee masih boleh memohon sehingga 2 baucar setiap pembayaran:

a) Sekurang-kurangnya 1 Baucar Kedai; dan 1 Baucar Platform Shopee (Penghantaran, Diskaun atau Pulangan Tunai Syiling)

— Shopee Malaysia (@ShopeeMY) July 12, 2022

Shopee telah menghubungi kami untuk menerangkan cara baharu penebusan ini.

Terang mereka, pelanggan dapat memanfaatkan maksimum 1 baucar daripada Shopee semasa check-out.

Namun, untuk baucar daripada penjual, pengguna dapat gunakannya sekurang-kurangnya 1.

Misalnya, pengguna layak menggunakan 2 baucar daripada penjual. Dengan 1 baucar daripada Shopee, maka 3 baucar dapat digunakan sekaligus untuk check-out daripada kedai tersebut.

Shopee voucher

Untuk makluman, terdapat 2 jenis baucar ditawarkan di Shopee:

  1. Daripada Shopee (penghantaran percuma, cashback Shopee coin, diskaun, dll.)
  2. Daripada penjual (diskaun produk tertentu, diskaun semua produk, dll.)

Misalnya, jika anda mahu menggunakan baucar cashback Shopee coin, anda tidak boleh gunakan baucar penghantaran percuma.

Dalam pada itu, banyak juga pelanggan mula merungut kerana Shopee sudah mengehadkan diskaun free shipping yang mana ia masih memerlukan pengguna berbelanja sekitar RM1 untuk penghantaran tetapi mengiklankannya sebagai “penghantaran percuma”.

Terdahulu, Shopee Filipina juga telah melaksanakan perkara sama bermula April tahun ini.

Ramai mula berkongsi bahawa mereka sudah beralih pada TikTok Shop sekarang selain mula berjinak-jinak dengan antara muka Lazada.

Hal ini kerana antara muka Lazada sedikit tidak mesra pengguna namun mengakui mereka berpuas hati dengan tawaran seperti baucar yang disediakan oleh laman e-dagang itu.

Sumber: Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY