Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spaylater

ShopeePay Tamatkan Ciri ‘Withdrawal’, Ini Cara Lebih Pantas Pindah Wang Ke Akaun Bank

Diterbitkan Oktober 5, 2022 · Dikemas kini Oktober 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Shopee memaklumkan bahawa mereka tidak lagi akan menyokong ciri pengeluarkan wang ShopeePay ke akaun bank (withdrawal) mulai 14 Oktober 2022.

Alasan Shopee, ia adalah langkah untuk mengelakkan transaksi ke akaun yang tidak disahkan dan demi keselamatan.

shopeepay baki

Pun begitu, penggguna masih boleh menggunakan ciri DuitNow yang mana membenarkan pengguna melakukan pemindahan wang daripada ShopeePay ke akaun bank yang sah.

ShopeePay sebenarnya baru saja menyokong DuitNow. Anda boleh ke SINI untuk baca berita penuh.

Hal ini mungkin berkait dengan usaha Bank Negara Malaysia yang mahu membanteras isu penipuan melibatkan wang pengguna yang semakin tular dewasa ini.

Apa beza withdrawal sedia ada yang disediakan Shopee dengan pemindahan melalui DuitNow?

Secara kasar, tidak ada beza kerana kedua-dua membenarkan pengguna pindahkan dana dari ShopeePay ke akaun bank.

Klik SINI untuk tahu lebih terperinci tentang DuitNow.

Bezanya, satunya diuruskan Shopee sendiri melalui butang ‘Withdrawal’ manakala sebuah lagi dikendalikan pihak DuitNow melalui butang ‘Transfer’.

withdrawal shopeepay

Untuk makluman, DuitNow ialah sebuah platform dikendalikan PayNet iaitu syarikat di bawah BNM.

Secara peribadi, saya lebih yakin dan selesa dengan DuitNow kerana ia hanya boleh diwujudkan dengan akaun bank dan eWallet yang sah.

Ada akaun bank atau eWallet yang disahkan, baru boleh ada DuitNow. Withdrawal Shopee pula terhad dengan akaun bank.

duitnow shopeepay 1

Lebih memudahkan, DuitNow membenarkan pengguna menerima wang hanya dengan berkongsi nombor telefon, MyKad dan kod QR.

Untuk pengeluaran yang dilaksanakan Shopee sendiri, ia juga nampak selamat kerana juga terus dengan akaun bank.

Tetapi, mungkin ada sebab keselamatan lebih besar di sebalik tabir yang kita sebagai pengguna awam tidak maklum.

shopeepay duitnow

Namun, pemindahan wang DuitNow berlaku serta-merta manakala pengeluarkan wang melalui butang ‘Withdrawal’ dikendalikan Shopee mengambil masa beberapa hari.

Cara pindahkan wang melalui DuitNow?

  1. Tekan saja butang ‘Transfer‘ di sebelah butang ‘Withdrawal’
  2. Tekan ‘DuitNow Transfer‘.
  3. Pilih jenis ID iaitu ‘Account Number‘ kemudian masukkan nombor akaun bank.
  4. Tekan ‘Next’ dan ikut arahan seterusnya.

Jika pengguna/anda telah pautkan nombor telefon/IC pada akaun bank, maka boleh gunakannya juga.

Sumber: Shopee

Berkaitan

  • Apa Itu DuitNow, Dan Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • ShopeePay Kini Sokong DuitNow, Pemindahan Wang Masuk Ke Akaun Bank Serta-Merta
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Shopee Indonesia Buang 3% Pekerja, Malaysia Juga Dipercayai Terkesan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY