Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Call of Duty_1

Call of Duty Bakal Dijadikan Filem ‘Live Action’

Diterbitkan September 3, 2025 ยท Dikemas kini September 3, 2025 oleh Amalina Athman

Call of Duty, salah satu francais permainan video popular, bakal diadaptasi menjadi filem aksi nyata (live-action) menerusi perjanjian baharu antara Activision dan Paramount.

“Di bawah kerjasama penting ini, Paramount akan membangunkan, menghasilkan dan mengedarkan sebuah filem live action berasaskan Call of Duty..Kedua-dua syarikat komited untuk menghormati jalan cerita serta gaya tersendiri jenama ini..”

Dengan lebih 500 juta salinan terjual di seluruh dunia, Call of Duty antara francais permainan video paling berjaya. Ia terkenal dengan kempen permainan yang sering menampilkan jalan cerita berskala besar, sinematik dan penuh aksi.

Beberapa tahun lalu, Activision pernah merancang untuk menghasilkan filem Call of Duty, namun ia tidak pernah direalisasikan. Kini, projek itu akhirnya dimeterai melalui perjanjian rasmi bersama Paramount, sekali gus membuka peluang besar untuk mengangkat Call of Duty ke layar perak.

Buat masa ini, masih belum ada butiran mengenai jalan cerita, barisan pelakon atau pengarah. Namun, CEO Paramount, David Ellison, menyatakan mereka melihat kejayaan Top Gun: Maverick sebagai rujukan dalam menghasilkan filem aksi nyata tersebut.

Berkaitan

  • Call of Duty Mobile Raih 1 Bilion Muat Turun, Raikan Ulang Tahun Kelima Dengan Musim 10
  • Siri Animasi Clash of Clans Bakal Tiba Di Netflix
  • Komik Under 18 Bakal Diangkat Jadi Filem 'Live Action'
  • Rasmi, Siri Aksi Sebenar Assassin's Creed Akan Ditayangkan Di Netflix
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY