Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rasmi, Siri Aksi Sebenar Assassin’s Creed Akan Ditayangkan Di Netflix

Rasmi, Siri Aksi Sebenar Assassin’s Creed Akan Ditayangkan Di Netflix

Diterbitkan Julai 18, 2025 · Dikemas kini Julai 18, 2025 oleh ariff bukhari

Netflix secara rasmi telah meluluskan penghasilan siri aksi sebenar Assassin’s Creed, dengan Roberto Patino (Westworld, Sons of Anarchy) dan David Wiener (Halo, Homecoming) bertindak sebagai pencipta, penerbit eksekutif dan pengarah siri.

Ini merupakan adaptasi pertama hasil kerjasama Netflix dan Ubisoft sejak pengumuman kerjasama mereka pada tahun 2020 dulu untuk membangunkan kandungan berdasarkan francais permainan video Assassin’s Creed.

Rasmi, Siri Aksi Sebenar Assassin’s Creed Akan Ditayangkan Di Netflix

Permainan pertama Assassin’s Creed (2007) memperkenalkan Desmond Miles, seorang tahanan zaman moden yang dipaksa menghidupkan semula memori moyangnya, Altaïr, seorang Assassin semasa Perang Salib Ketiga pada tahun 1191.

Dalam misi memburu ahli Knights Templar, pemain meneroka kota Damascus, Acre dan Jerusalem dengan aksi parkour.

Rasmi, Siri Aksi Sebenar Assassin’s Creed Akan Ditayangkan Di Netflix
Antara aksi parkour dalam siri Assassin’s Creed Mirage (2023).

Bermula dari 2007 hingga 2023, Ubisoft telah menghasilkan lebih daripada 14 siri Assassin’s Creed iaitu:

  1. Assassin’s Creed (2007)
  2. Assassin’s Creed II (2009)
  3. Assassin’s Creed Brotherhood (2010)
  4. Assassin’s Creed Revelations (2011)
  5. Assassin’s Creed III (2012) + Assassin’s Creed Liberation
  6. Assassin’s Creed IV: Black Flag (2013) + Assassin’s Creed Freedom Cry
  7. Assassin’s Creed Rogue (2014)
  8. Assassin’s Creed Unity (2014)
  9. Assassin’s Creed Chronicles (2015-2016)
  10. Assassin’s Creed Syndicate (2015)
  11. Assassin’s Creed Origins (2017)
  12. Assassin’s Creed Odyssey (2018)
  13. Assassin’s Creed Valhalla (2020)
  14. Assassin’s Creed Mirage (2023)

Menurut pasukan kreatif Assassin’s Creed, siri ini bukan sahaja menawarkan aksi dan visual aksi parkour memukau, tetapi juga menyentuh tema identiti, takdir, kuasa, balas dendam dan hubungan kemanusiaan merentasi masa dan budaya.

Siri ini dijangka akan menjadi thriller epik berlatarkan konflik rahsia antara dua puak, satu mahukan kawalan ke atas masa depan manusia dan satu lagi mempertahankan kebebasan individu.

Selain Assassin’s Creed, Netflix juga akan menayangkan Splinter Cell: Deathwatch pada musim luruh ini.

Berkaitan

  • Siri Animasi Clash of Clans Bakal Tiba Di Netflix
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Nothing Phone (3) Dikritik, Ini Respon Carl Pei

Sumber: Ubisoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY