Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Permainan Video Pelantar Mudah Alih Yang Semakin Dilupakan

Siri Animasi Clash of Clans Bakal Tiba Di Netflix

Diterbitkan Mei 22, 2025 oleh ariff bukhari

Ini pastinya berita gembira buat peminat aplikasi permainan mudah alih Clash of Clans kerana judul permainan ini akan dijadikan siri animasi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pembangun permainan itu, Supercell dengan kerjasama Netflix.

Mereka turut dedahkan, siri animasi ini turut mendapat sentuhan  penerbit eksekutif Ron Weiner (Silicon Valley, 30 Rock, Futurama, Arrested Development) dan ICON Creative Studios yang berpusat di Vancouver untuk membawa dunia peperangan CLASH ini.

Supercell memaklumkan, siri animasi itu telah pun diluluskan dan kini sedang dalam peringkat  pra-produksi. Perkembangan lanjut berkenaan projek ini akan dimaklumkan akan datang.

Malah mereka turut memberi hint bahawa mereka sedang mengushakan untuk membawa animasi Clash of Clans ke layar perak.

Siri Animasi Clash of Clans Bakal Tiba Di Netflix

Clash of Clans adalah aplikasi permainan mudah alih berbilang pemain dalam talian yang popular di mana pemain perlu melatih tentera mereka dan menyerang bandar pemain lain untuk memperoleh emas dan elixir, mata wang dalam permainan itu.

Emas dan elixir boleh digunakan untuk membina pertahanan untuk bandar , menaik taraf, dan banyak lagi.

Selain itu, pemain juga boleh menyertai satu kumpulan yang dipanggil klan untuk membantu anggotanya atau untuk menerima bantuan daripada kumpulan yang disertai.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Pertama Di Malaysia: Game, Drama & Ganjaran Kini Dalam Aplikasi Tune Talk
  • Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru, Tapi Bukan Untuk Semua

Sumber:  Supercell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY