Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (40)

Call of Duty Mobile Raih 1 Bilion Muat Turun, Raikan Ulang Tahun Kelima Dengan Musim 10

Diterbitkan November 8, 2024 oleh Rushsyafizal

Call of Duty Mobile (CODM) telah mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih daripada 1 bilion muat turun di seluruh dunia sejak pelancarannya pada 2019.

Call of Duty Mobile 5th Anniversary – Logo

Rekod ini hadir tepat pada masanya bagi sambutan ulang tahun ke-5, dengan Musim 10 membawa pelbagai ganjaran dan kandungan baharu untuk peminat CODM.

Komuniti CODM atau lebih dikenali sebagai CODMmunity telah memainkan peranan penting dalam menjadikan permainan ini fenomena global. Melalui pelbagai acara komuniti, pertandingan, dan kandungan yang dihasilkan pengguna, peminat setia telah memperkukuh kedudukan Call of Duty Mobile di rantau ini.

Call of Duty Mobile 5th Anniversary – KV

Sebagai tanda penghargaan ke atas 1 bilion muat turun ini, pemain di semua pelayan Garena dapat menikmati kod khas yang memberikan token eksklusif acara dalam permainan. Pemain di Malaysia, Singapura, dan Filipina juga berpeluang memenangi 55,550 COD Points dalam acara cabutan bertuah eksklusif yang berlangsung dari 8 hingga 10 November 2024. Pemain boleh menebus 200 token wishing star dengan kod CVRNZCZK4S, dan lebih banyak kod akan dikongsi di saluran sosial rasmi Call of Duty Mobile, Garena sepanjang minggu ini.

New Battle Royale Map – KRAI

Selain itu, musim baharu membawa pelbagai kemas kini menarik, termasuk peta Battle Royale baharu bernama KRAI, Battle Pass eksklusif musim ulang tahun, dan acara dalam permainan dengan ganjaran percuma.

Semua peminat, sama ada pemain harian atau kompetitif, dijemput untuk menyertai sambutan ini dengan menerokai ciri permainan terkini, mengumpul ganjaran eksklusif, dan meraikan momen-momen epik bersama komuniti CODM.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Tiada Android TV 15, Mungkin Terus Ke Android TV 16 Pada Tahun 2026
  • Telefon HONOR Serendah RM500 Di Double 11 Super Sale Malaysia
  • Pelanggan GeForce Now Dihadkan Main Permainan Strim 100 Jam Sebulan, Bayar Jika Lebih Masa
  • Pengguna Pixel Terima Kemas Kini Betulkan Isu Kamera Senget

Sumber: Siaran media Call of Duty Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY