Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
under 18

Komik Under 18 Bakal Diangkat Jadi Filem ‘Live Action’

Diterbitkan Jun 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Kalau anda pernah membesar dengan komik Under 18 karya Zint, berita ini mungkin buat jiwa remaja dalam diri anda melonjak. Ini kerana siri komik popular tu bakal diangkat ke layar perak dalam bentuk aksi nyata yang dijangka ditayangkan pada tahun 2026.

Pengumuman ini disahkan sendiri oleh pihak Gempak Starz melalui satu hantaran di Facebook, yang turut mendedahkan poster rasmi awal filem tersebut.

Adaptasi ini akan membawa kisah sekolah penuh drama, pergaduhan, dan semangat setiakawan ke skrin besar di mana ia satu langkah besar untuk dunia komik tempatan.

Kepada anda yang tidak tahu, Under 18 bukan komik sekolah biasa. Ia terkenal dengan naratif gelap, aksi jalanan, dan konflik pelajar yang lebih “real” dari apa yang biasa kita tengok dalam drama TV. Siri seperti Under 18: Attitude, Elite, dan Spirit pernah jadi kegilaan remaja era 2000-an.

Siapa pelakon utama? Bila keluar? Jalan cerita ikut versi mana?

Buat masa ni, belum banyak info lanjut diumumkan. Tapi satu yang pasti, ramai peminat lama dah mula throwback balik koleksi komik mereka.

Walaupun ada yang mengharapkan versi animasi, adaptasi ke aksi nyata sudah cukup baik. Biasanya filem atau drama di Malaysia, hanya mengadaptasi novel sahaja. Sedangkan, komik jauh lebih ramai yang mengenali.

Diharapkan filem ini tidak mengecewakan peminat.

Berkaitan

  • Lelaki Ini Pemegang Rekod Koleksi Komik Terbesar Di Dunia
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Bukan Sekadar 'Spyware', Telefon Korea Utara Siap Tapis Bahasa & Rakam Skrin Setiap 5 Minit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY