Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bumbung Kilang Continental Di PJ Kini Digantikan Dengan Panel Solar

Bumbung Kilang Continental Di PJ Kini Digantikan Dengan Panel Solar

Diterbitkan Februari 5, 2025 · Dikemas kini Februari 5, 2025 oleh ariff bukhari

Continental Malaysia mengumumkan bahawa kilang tayar mereka di Petaling Jaya, Selangor kini menggunakan tenaga hijau dengan memasang 2,500 panel solar di kawasan seluas 10,000 meter persegi.

Projek tenaga solar itu akan menjana sekitar 2 juta kWh tenaga hijau setiap tahun—mencukupi lebih daripada 10% keperluan elektrik kilang itu semasa waktu operasi di siang hari.

Hasil penggunaan tenaga hijau itu, ia akan mengurangkan sebanyak 1,400 tan pelepasan CO₂ setiap tahun.

Continental juga memaklumkan, operasi pengeluaran tayar mereka kini sedang giat meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga sendiri.

Pada masa yang sama melaksanakan pelbagai projek penjimatan tenaga untuk menjadi lebih cekap tenaga.

Continental kini sedang menyasarkan setiap kilang mereka di seluruh dunia untuk mencapai pengeluaran karbon neutral menjelang 2040.

Berkaitan

  • Projek Ladang Solar Terapung Hibrid, Kurang Kebergantungan Loji Arang Batu
  • Senheng Kini Tawar Pakej Solar Untuk Rumah Bermula Dari RM17,000
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Sumber: Continental

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY