Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Solar terapung TNB

Projek Ladang Solar Terapung Hibrid, Kurang Kebergantungan Loji Arang Batu

Diterbitkan Februari 23, 2024 · Dikemas kini Februari 23, 2024 oleh ariff bukhari

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini memulakan projek Solar Terapung – Hibrid Hidro (HHFS) Photovoltaic (PV) di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) di tasik empangan hidronya.

Projek ini akan memanfaatkan kawasan tasik empangan hidronya dengan menjadikannya ladang solar terapung.

Usaha ini bagi melengkapkan sumber tenaga boleh baharu (TBB) lain untuk pembekalan tenaga kepada grid kebangsaan dengan potensi peningkatan ketara tenaga bersih.

Sekali gus mengurangkan penjanaan daripada loji arang batu dan menukar kepada sumber tenaga solar dan gas, di samping memastikan keselamatan dan kestabilan bekalan elektrik dipelihara.

TNB juga memaklumkan, dengan menggunakan air untuk pepasangan solar, TNB boleh menjimatkan penggunaan tanah, mengekalkan habitat semula jadi dan mengurangkan pengewapan air.

Solar terapung TNB
Ilustrasi artis – TNB Genco dan PKNPk sedang mengkaji potensi untuk pemasangan sehingga 100MW Solar Terapung – Hibrid Hidro (HHFS) di Empangan Hidro Sungai Perak.

“Projek percubaan di SJSAS telah mencapai kejayaan. Kami dapat menggunakan kawasan permukaan air secara inovatif. Dalam usaha negara untuk bergerak ke arah masa depan berkarbon rendah dan kelestarian alam, TNB melalui anak syarikat penuhnya, TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) bercadang untuk melaksanakan projek pembangunan 2,500 Megawatt (MW) HHFS. Inisiatif Peralihan Tenaga ini bertanggungjawab dalam menyediakan solusi tenaga lestari dengan impak ekologi yang positif,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Seri Ir. Baharin Din.

TNB merancang untuk mempercepat pelaksanaan 2,500MW HHFS, bermula dengan 30MW di Empangan Hidro Chenderohnya, diikuti dengan lokasi di Empangan Hidro Temenggor dan Kenyir.

Berkaitan

  • Miliki Penjana Kuasa Tenaga Solar EcoFlow Dengan Harga Serendah RM999
  • Mana EV Sedan Pilihan Anda? Ini Perbandingan Tesla Model 3 Dan BYD Seal
  • Rebat Bil Elektrik RM40 Dilanjutkan Sehingga Hujung Tahun 2024

Sumber: TNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY