Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
adroid 13

Bulan Depan Mungkin Dapat Lihat Rupa Android 13

Diterbitkan Januari 24, 2022 · Dikemas kini Januari 25, 2022 oleh Faiz Munir

Hampir sebulan sudah kita berlayar di Januari 2022, dimana kita juga sudah sedia mendengar pelbagai informasi mengenai Android 13. Kini timbul satu lagi perkhabaran menarik mengenai tarikh pelancaran sistem operasi terbaru itu. Android 13 atau nama kodnya Tiramisu mungkin akan diperkenalkan pada bulan hadapan (Februari).

Google akan memperlihatkan pembinaan pertama (first Developer Preview) Android 13 seperti mana yang dilakukan sebelum ini pada Android 12.

Kemudiannya, Google akan memgeluarkan beberapa Developer Preview (DP) sehingga bulan Mei. Pada tempoh masa ini, kemungkinan versi beta juga akan dikeluarkan. Pada bulan tersebut juga, acara tahunan Google I/O diadakan dan ketika ini Google akan perkenalkan lebih lagi tentang  Android 13.

Versi stabil mungkin akan dilancarkan dalam tempoh dari bulan Ogos hingga September atau Google akan tunggu sehingga bulan Oktober untuk melancarkannya bersama Google Pixel 7.

Banyak ciri baharu yang akan diperkenalkan pada Android 13 ini seperti:

  1. Perubahan rekaan
  2. Tap to transfer
  3. Penambahbaikkan jangka hayat bateri
  4. Penyesuaian tema baharu
  5. Pemilihan audio output

Ini adalah antara fungsi dan ciri baharu yang akan dibawakan oleh Google dan kita akan tahu lebih lagi mengenai Android 13 ini selepas DP pertama dikeluarkan nanti.

Sumber: Android Authority

Baca juga:

  • Fungsi Baharu Android 13, Hanya Sentuh Sahaja Untuk Pindah Media
  • Ini 4 Ciri Baharu Dalam Android 13 “Tiramisu”
  • Pixel Watch Dan Pixel 6A Dilaporkan Keluar Seawal Mei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY