Pixel Watch Dan Pixel 6A Dilaporkan Keluar Seawal Mei

Pixel 6 dan 6 Pro yang dilancarkan tahun lepas menerima campuran reaksi positif dan negatif. Walaupun datang dengan rekaan baru untuk kamera belakang namun masalah yang timbul sejak awal kemunculannya ialah isu perisian.

Tetapi perkara ini tidak menghentikan Google daripada mengeluarkan model untuk kelas pertengahan mereka seperti saban tahun, siri A. Pixel 6A, seperti tahun-tahun sebelumnya juga merupakan model yang membawa beberapa ciri penting daripada model utama (Pixel 6) namun menggunakan spesifikasi yang lebih rendah untuk bahagian lain.

https://twitter.com/MaxJmb/status/1484830432009011201?s=20

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Max Jambor melaporkan Pixel 6A akan dilancarkan Mei ini. Dengan rekod acara Google I/O yang dilangsungkan pada Mei setiap tahun, mungkin kita akan melihat Google kembali merasmikan peranti siri A-nya dalam Google I/O selepas Pixel 3A menjadi pertama dan terakhir.

Pixel 6A akan disertakan dua kamera 12MP iaitu Sony IMX363 dan IMX386. Ia tidak akan mewarisi kamera 50MP daripada Pixel 6 tetapi menggunakan cip Google Tensor dan rekaan yang sama. Kamera swafotonya turut dikekalkan seperti digunakan pada Pixel 6.

Bagaimanapun, telefon ini juga akan menjadi model A yang pertama hadir tanpa lubang 3.5mm untuk port audio.

https://twitter.com/MaxJmb/status/1484830432009011201?s=20

Selain itu, sumber lain mendakwa Pixel Watch akan dilancarkan pada tarikh yang lebih spesifik iaitu 26 Mei 2022 dan dipercayai dilancarkan bersama beberapa peranti lain dalam acara sama, Google I/O.



Berdasarkan imej komputer dihasilkan @RendersByian, rekaan Pixel ini menampilkan rekaan seakan jam tangan yang konvensional dengan kerangka daripada aluminium berbentuk bulat.

https://twitter.com/jon_prosser/status/1484608084932796422?s=20

Siri A mula diperkenal sejak Pixel 3 pada tahun 2019 dan masih diteruskan sehingga Pixel 5. Dengan siri kelas pertengahan ini, mereka yang tidak mempunyai bajet tinggi atau ingin mencubanya buat kali pertama dapat merasai pengalaman Pixel tanpa berbelanja lebih.

Sumber: 9to5Google

Baca juga: