Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB Clicks CIMB OCTO

Beberapa Perkhidmatan Di Aplikasi CIMB Clicks Akan Ditamatkan Secara Berfasa Mulai Ogos

Diterbitkan Julai 25, 2024 · Dikemas kini Julai 25, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, CIMB telah pun mengalih keluar aplikasi CIMB Clicks dari gedung aplikasi dan menggantikannya dengan CIMB OCTO, berkuat kuasa 11 Jun 2024. Akan tetapi, pengguna sedia ada masih boleh menggunakannya seperti biasa selepas tarikh berkenaan.

Terbaharu, CIMB mengumumkan beberapa perkhidmatan di aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan secara berperingkat mulai Ogos 2024. Antaranya melibatkan tambah nilai, DuitNow QR, JomPay dan lain-lain.

Untuk senarai penuh perkhidmatan yang terlibat berserta tarikh kuat kuasa, rujuk gambar di bawah.

Penamatan Perkhidmatan secara berfasa di Aplikasi CIMB Clicks _ CIMB Malaysia-1

Walaupun begitu, transaksi tersebut boleh didapati di aplikasi CIMB OCTO. Pengguna yang belum beralih ke aplikasi CIMB OCTO boleh berbuat demikian dengan muat turun aplikasi melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Bagi mengetahui selanjutnya mengenai pengalihan keluar aplikasi CIMB Clicks, teruskan bacaan di SINI.

Berkaitan

  • Aplikasi CIMB Clicks Dialih Keluar Dari Gedung Aplikasi Bermula 11 Jun
  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Pengalihan Keluar Aplikasi CIMB Clicks
  • Perbankan CIMB Clicks, Aplikasi CIMB OCTO Akan Dilengkapi Ciri Keselamatan Baharu

Sumber: CIMB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY