Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BNM Masukkan OctaFX Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

BNM Boleh Kenakan Penalti Bagi Gangguan Perkhidmatan Dalam Talian Bank – Timbalan Menteri

Diterbitkan Jun 28, 2024 oleh Amalina Athman

Bank Negara Malaysia (BNM) boleh mengenakan tindakan penyeliaan dan penalti ke atas pelanggaran undang-undang di bawah seliannya bagi insiden gangguan perkhidmatan dalam talian bank yang berlaku kebelakangan ini.

Berkaitan

  • Gangguan Perkhidmatan Dua Bank, BNM Minta Penjelasan
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan tindakan susulan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, akan bergantung kepada penilaian berkaitan punca utama serta impak gangguan yang dikemukakan oleh pihak terbabit.

BNM juga mengarahkan institusi perbankan untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas, termasuk menjawab segera sebarang aduan dan pertanyaan yang berkaitan.

Mengulas lanjut, beliau berkata pemantauan rapi turut dilakukan oleh BNM bagi memastikan institusi perbankan terbabit bertindak memulihkan perkhidmatan perbankan secepat mungkin.

Di bawah kedua-dua akta berkenaan, BNM mempunyai bidang kuasa mengenakan tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan ke atas institusi kewangan yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan dokumen dasar yang relevan.

Antaranya termasuk kegagalan memastikan sistem kritikal yang menghadapi masa henti tidak dijangka yang menjejaskan akses perkhidmatan untuk pelanggan, agar tidak melebihi masa henti maksimum boleh diterima.

Selain itu, menjawab mengenai ketidakstabilan transaksi e-pembayaran, Lim berkata pembayaran berkaitan adalah segera kecuali bagi hari perayaan dan minggu yang akan diapung sehingga hari perniagaan berikutnya.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY