Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
M2U My apps ditamatkan 28 Ogos

Aplikasi Maybank2u Tidak Lagi Boleh Diakses Bermula 28 Ogos

Diterbitkan Ogos 5, 2024 · Dikemas kini Ogos 5, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, aplikasi Maybank2u tidak lagi lagi boleh dimuat turun di gedung aplikasi bermula 30 Jun 2024. Susulan langkah itu, Maybank kini mengumumkan bahawa aplikasi Maybank2u akan ditamatkan berkuat kuasa 28 Ogos 2024.

Bermakna, pengguna tidak boleh lagi mengakses akaun atau sebarang fungsi pada aplikasi Maybank2u MY setelah ia ditamatkan.

Lanjutan itu, pengguna yang belum memuat turun aplikasi MAE disarankan melakukannya secepat mungkin. Selain dilengkapi dengan semua fungsi Maybank2u MY, aplikasi MAE turut menawarkan sekuriti yang dipertingkatkan dengan Secure2u sebagai satu-satunya cara untuk mengesahkan transaksi.

Muat turun aplikasi MAE boleh dilakukan melalui melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Setelah itu, pengguna boleh mengakses MAE dengan ID Maybank2u sedia ada.

Namun begitu, sekiranya mengaktifkan Secure2u buat kali pertama atau pada peranti baharu, ia tertakluk kepada tempoh pengaktifan minimum 12 jam.

M2U My apps ditamatkan 28 Ogos_1

Perlu diketahui, penamatan aplikasi Maybank2u tidak akan menjejaskan perkhidmatan perbankan dalam talian. Sebaliknya, pengguna boleh terus menjalankan aktiviti perbankan harian seperti biasa di maybank2u.com.my dan aplikasi MAE. Untuk butiran lanjut, layari laman rasmi Maybank.

Berkaitan

  • Aplikasi CIMB Clicks Dialih Keluar Dari Gedung Aplikasi Bermula 11 Jun
  • Maybank2U MY Tidak Lagi Tersedia Di Gedung Aplikasi Bermula 30 Jun
  • Beberapa Perkhidmatan Di Aplikasi CIMB Clicks Akan Ditamatkan Secara Berfasa Mulai Ogos

Sumber: Maybank

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY