Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bnm bank negara malaysia

Gangguan Perkhidmatan Dua Bank, BNM Minta Penjelasan

Diterbitkan April 10, 2024 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, menjelang perayaan Aidilfitri, rata-rata pengguna di Malaysia mengalami kesulitan apabila dua bank utama di negara, iaitu CIMB dan Maybank mengalami gangguan perkhidmatan.

Lanjutan daripada itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan hari ini menyatakan yang mereka mengambil serius barkaitan isu tersebut.

Biarpun gangguan perkhidmatan bagi kedua-dua bank itu telah kembali pulih, BNM meminta bank yang terbabit untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia

Ini adalah termasuk menjawab dengan segera berkaitan aduan dan pertanyaan oleh pelanggan berkaitan gangguan perkhidmatan tempoh hari.

Tambahan lagi, BNM juga mengarah dua bank tersebut untuk memberi penjelasan penuh terhadap faktor yang menyebabkan insiden itu berlaku.

Dalam pada itu, Bank Negara turut meminta semua institusi bank agar sentiasa bersedia dalam perkhidmatan perbankan setiap masa dan memenuhi kehendak dan penyeliaan BNM.

Mereka juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya institusi perbankan tidak mencapai tahap perkhidmatan yang memuaskan.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY