Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bank Rakyat_bernama

BNM Denda Bank Rakyat RM1 Juta Susulan Insiden Keselamatan Siber

Diterbitkan April 2, 2026 ยท Dikemas kini April 2, 2026 oleh Amalina Athman

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta terhadap Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) pada 20 Januari 2026.

Menurut BNM, Bank Rakyat gagal melaksanakan standard keselamatan siber yang ditetapkan dan melindungi maklumat pelanggan melalui kawalan yang mencukupi.

“Bank Rakyat tidak mematuhi beberapa keperluan di bawah RMiT PD (Dokumen Dasar Pengurusan Risiko Teknologi) dan MCIPD PD (Dokumen Dasar Pengurusan Maklumat Pelanggan dan Pendedahan yang Dibenarkan) susulan satu insiden keselamatan siber melibatkan pelaku ancaman luar yang telah mendapat akses tanpa kebenaran kepada infrastruktur IT BKRM. Ketidakpatuhan ini berpunca daripada kawalan keselamatan siber serta respons insiden yang tidak memadai,” jelas BNM.

Namun begitu, Bank Rakyat kini telah mengambil langkah-langkah pemulihan dengan memperkukuh keselamatan siber serta kawalan, sumber dan tadbir urus untuk teknologi maklumat dan komunikasi. Bank Rakyat juga telah membayar denda tersebut pada 26 Januari lepas.

BNM telah mengenakan tindakan penguatkuasaan ke atas satu institusi kewangan.

Baca notis di https://t.co/Qzm2fSCZDy
__

BNM has imposed enforcement action on a financial institution.

Read the public notices at https://t.co/Qzm2fSCZDy#BNMPublicNotice pic.twitter.com/dQ7pWOU7uH

— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) April 1, 2026

Dalam pada itu, BNM menegaskan semua institusi kewangan dikehendaki mematuhi RMiT PD dan MCIPD PD.

Bank pusat itu akan mengambil tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan yang sewajarnya sekiranya terdapat mana-mana institusi kewangan yang gagal memenuhi keperluan undang-undang dan/atau pengawalseliaan.

Gambar utama: Bernama

Berkaitan

  • Bank Rakyat Perjelas Isu Kemungkinan Data Bocor, Jamin Keadaan Terkawal
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • CIMB Nafi Dakwaan Kebocoran Data Pengguna
  • MCMC: Risiko Keselamatan Dikesan, Pengguna Apple Disaran Kemas Kini iOS Segera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY