Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bank Rakyat Perjelas Isu Kemungkinan Data Bocor, Jamin Keadaan Terkawal

Bank Rakyat Perjelas Isu Kemungkinan Data Bocor, Jamin Keadaan Terkawal

Diterbitkan September 3, 2024 · Dikemas kini September 3, 2024 oleh Amalina Athman

Bank Rakyat hari ini tampil menjelaskan insiden kemungkinan ketirisan data yang melibatkan beberapa maklumat pelanggan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Rakyat memaklumkan insiden itu telah berjaya dikawal dengan pelaksanaan langkah proaktif.

Bank Rakyat kekal komited terhadap ketelusan dan telah memaklumkan pelanggan dengan sewajarnya. Di samping itu, kami turut menasihatkan pelanggan untuk sentiasa berwaspada terhadap taktik pancingan data dan potensi kaedah penipuan lain.

Sebagai respons terhadap ketirisan itu, Bank Rakyat juga telah melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Dalam pada itu, ia turut memberi jaminan kepada pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan bahawa semua operasi perniagaan kekal berfungsi sepenuhnya. Integriti dan keselamatan data pengguna kekal sebagai keutamaan bank itu.

Sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan, pengguna diminta segera untuk menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1 300 80 5454/03-5526 9200 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997. 

Berkaitan

  • BNM Denda Maybank, CIMB Berikutan Gangguan Perkhidmatan Berpanjangan
  • Perkhidmatan GrabBike Dilihat “Muncul Kembali” Di Aplikasi Grab Malaysia
  • Data Bank Rakyat Mungkin Bocor
  • Aplikasi GO Bank Islam Sedang Alami Gangguan Perkhidmatan

Sumber: Bank Rakyat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY