Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian CIMB Tergendala Buat Sementara Waktu

CIMB Nafi Dakwaan Kebocoran Data Pengguna

Diterbitkan Mac 4, 2026 · Dikemas kini Mac 4, 2026 oleh Amalina Athman

CIMB Malaysia menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial mengenai kononnya berlaku kebocoran data melibatkan pelanggan CIMB Bank.

Dalam satu kenyataan, CIMB menjelaskan pasukan keselamatannya telah membuat semakan dan mengesahkan semua sistem berada dalam keadaan selamat serta data pelanggan kekal dilindungi sepenuhnya.

We are aware of rumors circulating online regarding a data breach at CIMB Bank. We want to reassure you that these claims are false and we confirm there is no data leak. Our security teams have verified that all systems are secure and your data remains fully protected. 1/2

— CIMBMalaysia (@CIMBMalaysia) March 4, 2026

Terdahulu, tular di platform X satu hantaran yang mendakwa berlaku insiden kebocoran data melibatkan pelanggan CIMB.

Set data yang didakwa bocor itu dikatakan mengandungi 1.2 juta baris unik maklumat kewangan sensitif, termasuk nama penuh pelanggan, nombor akaun dan maklumat kad bank, serta data pengguna seperti nombor telefon, jantina dan tarikh lahir.

Bagaimanapun, CIMB memberi jaminan bahawa dakwaan tersebut adalah palsu dan mengesahkan tiada kebocoran data.

Your trust and security remain our top priorities. Please be cautious of misinformation and remain vigilant, always verifying information only through CIMB’s official communication channels. 2/2

— CIMBMalaysia (@CIMBMalaysia) March 4, 2026

Berkaitan

  • CIMB: Tiada Lagi SMS Maklumkan Penerima Mulai 1 September
  • CIMB Kini Wajibkan Pengesahan eKYC Untuk Log Masuk Kali Pertama Di Aplikasi OCTO
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • Transaksi Terpilih Di Web CIMB Clicks Kini Perlu Kelulusan SecureTAC Biometrik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY