Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bluetooth on a Blue-Lit Desk

Bluetooth Bakal Lebih Pantas, Kadar Penghantaran Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda

Diterbitkan November 5, 2026 · Dikemas kini November 5, 2026 oleh Amalina Athman

Bluetooth bakal menerima peningkatan dari segi kelajuan pemindahan data menerusi teknologi Bluetooth High Data Throughput (HDT) yang telah diterima pakai secara rasmi oleh Bluetooth Special Interest Group (SIG) sebagai ciri pilihan dalam spesifikasi Bluetooth Core 7.0.

Menerusi teknologi ini, kadar bit maksimum Bluetooth Low Energy (LE) meningkat kepada 7.5 Mbps, iaitu hampir empat kali ganda berbanding kadar 2Mbps pada Bluetooth LE 2M PHY sebelum ini.

Bluetooth HDT membawa empat peningkatan utama:

  • Pemindahan data lebih pantas: Membolehkan lebih banyak data dihantar dalam tempoh yang sama, sekali gus mempercepat pemindahan fail dan penyegerakan antara peranti serta menjadikan sambungan lebih responsif.
  • Kapasiti lebih besar: Menggunakan sumber wayarles yang tersedia dengan lebih cekap, membolehkan peranti bertukar lebih banyak data dan menyokong aplikasi yang lebih canggih.
  • Kecekapan tenaga lebih baik: Memendekkan tempoh penghantaran aktif kerana lebih banyak data boleh dihantar dalam masa lebih singkat, membolehkan peranti menggunakan tenaga dengan lebih cekap.
  • Kebolehpercayaan lebih tinggi: Peranti dapat mengekalkan prestasi sambungan yang lebih konsisten dalam pelbagai persekitaran, termasuk keadaan yang lebih mencabar.

Selain pemindahan data yang lebih pantas, Bluetooth HDT turut menyediakan keupayaan untuk menyokong pengalaman audio wayarles berkualiti lebih tinggi, termasuk lossless audio, audio resolusi tinggi, spatial audio dan bunyi sekeliling berbilang saluran.

Sebagai tambahan, Bluetooth HDT boleh digunakan pada peranti realiti lanjutan (XR), pengkomputeran spatial dan peranti berasaskan AI yang memerlukan pertukaran data lebih pantas. Teknologi ini juga boleh menyokong sistem automasi dan pemantauan dalam sektor komersial serta perindustrian.

Bagi peranti harian, peningkatan ini membolehkan jam tangan pintar, peranti kesihatan dan kecergasan serta produk rumah pintar memindahkan data dengan lebih pantas. Sebagai contoh, jam tangan pintar boleh menyelaraskan data latihan yang dikumpulkan selama beberapa jam ke telefon dalam masa beberapa saat, manakala kemas kini perisian pada produk rumah pintar boleh diselesaikan dengan lebih pantas.

Ketersediaan

Bluetooth HDT dijangka mula digunakan untuk menyokong audio wayarles premium yang distandardkan pada 2027.

Untuk makluman, Bluetooth HDT merupakan ciri pilihan dalam spesifikasi Bluetooth Core 7.0. Oleh itu, sokongannya bergantung pada pelaksanaan oleh pengeluar peranti masing-masing.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Lebih Banyak Peranti Android Kini Boleh Kongsi Fail Melalui Quick Share-AirDrop, Ini Senarainya
  • Android Kini Lebih Mudah Kongsi Fail Dengan Ciri ‘Tap To Share’
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Need for Speed Klasik Kini Boleh Dimainkan Terus Dalam Pelayar Web
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
©2026 WISER.MY