Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Kini Lebih Mudah Kongsi Fail Dengan Ciri ‘Tap To Share’

Android Kini Lebih Mudah Kongsi Fail Dengan Ciri ‘Tap To Share’

Diterbitkan Ogos 13, 2026 · Dikemas kini Ogos 13, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan Tap to Share, ciri baharu dalam Quick Share yang memudahkan pengguna Android berkongsi fail dan maklumat kenalan.

Ciri ini mula tersedia pada Pixel 6 dan model lebih baharu, membolehkan pengguna memindahkan foto, video, maklumat kenalan dan kandungan lain dengan mendekatkan telefon kepada peranti serasi. Untuk berkongsi foto atau video, pengguna hanya perlu memilih fail, menekan butang Share dan kemudian tap kedua-dua telefon.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/08/13102453/Tape_to_Share.mp4

Bagi perkongsian maklumat kenalan pula, pengguna boleh melakukannya terus dari skrin utama dengan mendekatkan telefon kepada peranti Android yang serasi untuk memulakan pertukaran maklumat secara dua hala.

Konsepnya sama seperti NameDrop yang diperkenalkan Apple bersama iOS 17, membolehkan pengguna berkongsi maklumat kenalan dengan mendekatkan dua peranti.

Ketersediaan

We’re making sharing between Android devices even simpler, starting with Pixel. Use Quick Share and tap to send contact info, photos, videos, and more.

This feature is rolling out to Pixel 6 and newer devices, and soon to the Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Fold8, and Flip8.…

— Android (@Android) August 12, 2026

Ciri ini mula dilancarkan kepada peranti Pixel 6 dan model lebih baharu. Google turut mengesahkan sokongan untuk Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 akan hadir tidak lama lagi.

Google juga merancang untuk memperluaskan fungsi ini kepada lebih banyak peranti Android menjelang akhir tahun ini.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Siri Google Pixel 11 Kini Rasmi, Harga Bermula RM3,999
  • Google Pixel 11 Pro Fold Lebih Nipis, Ringan Dan Tahan Lasak Berharga RM7,999
  • Google Perkenal Ciri Terjemahan Bahasa Isyarat Kepada Teks, Kini Hadir Pada Pixel 11

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY