Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APPLE CHARGER BEEBOM

Berterusan Jual iPhone Tanpa Pengecas, Apple Sekali Lagi Didenda Di Brazil

Diterbitkan Oktober 14, 2022 · Dikemas kini Oktober 14, 2022 oleh Amalina Athman

Pada September lepas, kerajaan Brazil telah mengenakan denda sebanyak R$12,275,500 (~RM10.5 juta) dan mengarahkan Apple untuk menghentikan jualan iPhone tanpa pengecas.

Terbaharu, Apple dilihat tetap ‘berkeras’ dan berterusan menjual iPhone tanpa pengecas di Brazil, walaupun sudah diharamkan berbuat demikian.

Berikutan itu, mahkamah Brazil sekali lagi telah memerintahkan Apple membayar denda ganti rugi sosial sebanyak R$100 juta (~RM89.2 juta) kerana tidak memasukkan pengecas dalam kotak pembelian iPhone.

Berkaitan

  • Tidak Sertakan Pengecas, Apple Diarah Hentikan Jualan iPhone Di Brazil
  • Parlimen Eropah Lulus Peraturan Port Pengecasan Tunggal, Apple Mungkin Terpaksa Akur
  • Ini 3 Pilihan Kabel 'Lightning' Dengan MFi Dari AUKEY Untuk iPhone

Mahkamah negeri Sao Paulo turut mengarahkan Apple untuk menyertakan pengecas bagi setiap jualan iPhone di Brazil. Sementara itu, Apple dikatakan bakal membuat rayuan bagi keputusan itu, seperti yang dilakukannya pada September lalu.

Dalam pada itu, terdapat laporan daripada media Brazil yang menyatakan Apple dijangka akan kembali menjual iPhone bersama pengecas dan menyediakan pengecas kepada semua rakyat Brazil yang membeli produk mereka selepas 13 Oktober 2020.

Terdahulu, Apple berhenti menyediakan pengecas dengan iPhone selepas pelancaran iPhone 12 pada tahun 2020. Di kebanyakan negara termasuk Malaysia, Apple tidak lagi menyertakan EarPods dan pengecas, sebaliknya hanya kabel USB-C ke Lightning yang disediakan dalam kotak pembelian.

Gambar utama: Beebom

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY