Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Parlimen Eropah Lulus Peraturan Port Pengecasan Tunggal, Apple Mungkin Terpaksa Akur

Parlimen Eropah Lulus Peraturan Port Pengecasan Tunggal, Apple Mungkin Terpaksa Akur

Diterbitkan Oktober 4, 2022 oleh Amalina Athman

Parlimen Eropah kini telah meluluskan peraturan baharu, yang akan memperkenalkan port pengecasan tunggal di Kesatuan Eropah (EU). Ianya terpakai bagi port pengecasan telefon mudah alih, tablet dan kamera menjelang tahun 2024.

Berkaitan

  • Sah, Apple Perlu Patuh Undang-Undang Ganti Lightning Dengan USB-C
  • Apple Terhimpit, USB-C Mungkin Jadi Mandatori Di AS

Undian yang dibuat di parlimen itu mengesahkan perjanjian awal antara institusi EU dan akan menjadikan kabel pengecas USB-C yang digunakan oleh kebanyakan peranti Android sebagai standard EU.

Dengan peraturan baharu ini, dijangka Apple merupakan pembekal peranti elektronik yang paling terjejas danĀ terpaksa akur untuk menamatkan penggunaan kabel pengecas Lightning dan menukar kepada port pengecasan USB-C bagi iPhone dan peranti Apple yang lain.

#SingleCharger here we go! Final plenary debate @Europarl_EN today. As of autumn 2024 the time when we had to fight with many different chargers will start becoming a memory of old, strange times of unnecessary costs, waste and inconvenience šŸ¤— pic.twitter.com/agx8O2Eila

— Margrethe Vestager (@vestager) October 4, 2022

Bagaimanapun, penganalisis juga menjangkakan kemungkinan kesan yang positif kerana boleh menggalakkan pembeli membeli peranti terbaharu dengan USB-C.

Selain itu, perjanjian tersebut turut meliputiĀ earbudĀ serta teknologi lain, yang mungkin bermakna akan turut memberi kesan kepada Samsung dan Huawei, menurut penganalisis.

Buat masa ini, Apple, Samsung dan Huawei tidak memberikan sebarang komen berkenaan peraturan yang bakal dilaksanakan itu.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY