Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rocket travel at speed of light

Berapa Jauhkah 1 Tahun Cahaya? Ini Jawapannya

Diterbitkan Mei 9, 2025 · Dikemas kini Mei 9, 2025 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini, Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berjaya merakam imej Nebula Tapak Kaki Kucing (Cat’s Paw Nebula) atau nama rasminya NGC 6334,

Ia merupakan sebuah kawasan pembentukan bintang yang besar dan aktif yang terletak di dalam buruj Skorpio kira-kira 5500 tahun cahaya dari Bumi.

Nebula Tapak Kaki Kucing
Warna merah yang kelihatan pada nebula ini menunjukkan gas hidrogen yang aktif (atom hidrogen ter-ion) akibat radiasi dari bintang-bintang muda yang panas di sekitarnya.

5500 tahun cahaya dari Bumi sememangnya sangatlah jauh. Malah tidak dapat  dibayang dengan akal fikiran kita.

Tetapi berapakah jauh ia dalam jarak yang boleh kita anggarkan? Sebagai permulaan, kita fahami dulu apa itu tahun cahaya.

Tahun cahaya ialah jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam 1 tahun.

1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 10^15 meter, bersamaan setara dengan 9.46055 petameter (Pm).

Atau 9,460,550,000,000,000 meter, kira-kira 9.46 trilion kilometer apabila ia diluaskan jarak sepenuhnya yang mewakili jarak yang dilalui oleh kelajuan cahaya dalam vakum dalam satu tahun Bumi.

Kelajuan cahaya dalam satu saat pula dalam ruang vakum adalah selaju 299,792,458 meter/saat.

Atau 1c (“c” adalah pemalar sejagat yang digunakan untuk kelajuan cahaya) yang bersamaan dengan 1, 079, 252 848.8 km/h (sekitar  1 bilion km/j).

Pada kelajuan ini, cahaya boleh bergerak dari Bumi ke Bulan dalam masa kira-kira 1.3 saat sahaja.

Tapi, jika anda merancang untuk melawat Nebula Tapak Kaki Kucing ini yang sejauh 5500 tahun cahaya, berapa tahunkah pula untuk anda sampai ke sana jika bergerak dalam kelajuan cahaya?

Berikan jawapan anda dalam ruang komen. Sambil-sambil tu, fikir-fikirkan betapa kerdilnya kita ini.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • China Uji Kereta Api Sepantas Pesawat — 1,300km Kini Hanya 90 Minit
  • Cat Baharu Nissan Bantu Kekalkan Suhu Sejuk Kereta Di Bawah Panas Terik

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY