Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Google KV for PR

Beli Laptop ASUS Dapat Storan Google AI Sehingga 5TB Percuma 3 Bulan

Diterbitkan Ogos 11, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 11, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS mengumumkan kerjasama dengan Google untuk memberikan pengalaman AI percuma kepada pembeli laptop terpilih.

Bermula 10 Ogos 2026 hingga 9 Ogos 2027, pengguna yang membeli model ROG, TUF Gaming, ProArt, Zenbook, dan Vivobook layak menebus langganan Google AI Pro (5TB storan) atau Google AI Plus (400GB storan) selama tiga bulan tanpa kos tambahan.

Ia termasuklah bagi komputer riba ASUS dan ROG keluaran 2025, 2026 dan akan datang 2027 yang layak.

Pakej ini membuka akses kepada pelbagai ciri seperti Google Gemini, Deep Research, Google Flow, serta integrasi AI dalam aplikasi Google.

Beli Laptop ASUS Dapat Storan Google AI Sehingga 5TB Percuma 3 Bulan
Harga langganan servis Google AI Plus di Malaysia adalah RM23.99/bulan.
Beli Laptop ASUS Dapat Storan Google AI Sehingga 5TB Percuma 3 Bulan
Harga langganan servis Google AI Pro di Malaysia adalah RM97.99/bulan.

Pelan Pro menawarkan kelebihan tambahan termasuk had penggunaan lebih tinggi, akses kepada model Gemini lanjutan, serta alat pembangun seperti AI Studio dan Jules.

Sementara itu, pelan Plus menyediakan fungsi asas dengan prestasi model yang dipertingkatkan, alat kreatif untuk imej dan muzik, serta sokongan produktiviti.

Manfaat utama kepada pengguna termasuk kemudahan menghasilkan kandungan kreatif, laporan penyelidikan, serta pengurusan kerja yang lebih efisien.

Penebusan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi MyASUS, dengan syarat ketersediaan bergantung kepada negara dan bahasa.

Penawaran ini sekali gus memberikan manfaat besar kepada pengguna termasuk kemudahan menghasilkan kandungan kreatif, laporan penyelidikan, serta pengurusan kerja yang lebih efisien.

Untuk info lanjut bagi senarai laptop ASUS yang layak, layari laman rasmi ASUS Offer: 3 Months Google AI Pro/Plus + Cloud Storage.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Laptop ASUS Kini Dengan Jaminan 2 Tahun, Termasuk Kerosakan Tidak Sengaja
  • Laptop Ultra Lasak Terbaru ASUS ExpertBook P Series Kini Di Malaysia, Harga Dari RM4,799
  • ASUS Oxiis, Peranti Universal Ubah Basikal Konvensional Jadi Basikal Elektrik Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY