Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Ascent GX10 2

ASUS Oxiis, Peranti Universal Ubah Basikal Konvensional Jadi Basikal Elektrik Pintar

Diterbitkan Ogos 10, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 10, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS telah memperkenalkan sebuah inovasi pintar yang mampu mengubah basikal biasa menjadi e-bike moden tanpa perlu ubah suai besar.

Dikenali sebagai ASUS Oxiis E250G1 Intelligent Bike Booster, ia adalah sebuah peranti dengan sistem motor pacuan geseran universal yang mengubah mana-mana basikal konvensional menjadi basikal elektrik pintar yang memberikan pecutan segera, membantu mendaki bukit, dan menambah keselamatan melalui pencahayaan malam serta sistem kuasa anti-gelincir.

Tersedia dalam 3 mod pintar, Eco, Normal, dan Sport, ia boleh ditukar dengan mudah melalui butang atau aplikasi ASUS, sesuai untuk pelbagai keadaan jalan.

ASUS Oxiis Intelligent E250G1
Peranti ini menampilkan reka bentuk ringkas, kukuh, dan mudah dipasang pada pelbagai jenis basikal termasuk basikal bandar, jalan, basikal lipat , dan basikal gunung.
ASUS Oxiis Intelligent

Bateri Oxiis boleh dicas penuh dalam masa hanya 2 jam menggunakan pengecas USB-C 100W, di mana ia mampu memberikan jarak sehingga 50 km dalam mod Eco.

Dengan kuasa 250W (500W puncak) dan kelajuan sehingga 32 km/j (terhad 25 km/j di sesetengah negara), Oxiis memberi pengalaman berbasikal lebih menyeronokkan dan efisien.

ASUS Oxiis adalah pilihan ideal bagi penunggang yang mahukan gaya hidup aktif dengan sentuhan teknologi moden yang menjadikan basikal harian lebih pintar, pantas, dan mesra alam.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Laptop Ultra Lasak Terbaru ASUS ExpertBook P Series Kini Di Malaysia, Harga Dari RM4,799
  • Tablet Android HONOR Kekal Jenama No.1 Di Malaysia 2 Tahun Berturut-Turut

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY