Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ProArt PZ14

Laptop ASUS Kini Dengan Jaminan 2 Tahun, Termasuk Kerosakan Tidak Sengaja

Diterbitkan Julai 28, 2026 · Dikemas kini Julai 28, 2026 oleh ariff bukhari

Walaupun ASUS menekankan, setiap produk mereka direka untuk ketahanan maksimum, melalui ujian ketat bagi memastikan prestasi dan kebolehpercayaan jangka panjang.

Namun, malang tidak berbau dan boleh merencatkan tugasan apabila laptop ASUS anda tiba-tiba meragam.

Sebab itulah, ASUS Malaysia mengumumkan program ASUS ProCare yang memberikan pengguna laptop ASUS  menikmati jaminan dua tahun penuh, termasuk perlindungan kerosakan tidak sengaja, sekali gus memberikan ketenangan fikiran sepenuhnya kepada pemilik.

Perlindungan tambahan ini disertakan pada setiap komputer riba ASUS termasuklah siri ProArt, Zenbook, Vivobook S, dan ROG yang dilancarkan selepas 28 Julai 2026 di mana ia melindungi pengguna daripada kos pembaikan yang tidak dijangka akibat terjatuh, tumpahan air atau lonjakan elektrik.

Laptop ASUS Kini Dengan Jaminan 2 Tahun, Termasuk Kerosakan Tidak Sengaja

Malah, ASUS Malaysia jadikan proses untuk pelanggan mereka mendapatkan bantuan sokongan lebih mudah di seluruh Malaysia di mana anda boleh hantar terus laptop ke mana-mana Pusat Servis Rasmi ASUS atau hanya drop-off di mana-mana cawangan Pos Malaysia berdekatan.

Atau ASUS Malaysia juga menawarkan Servis Pintu ke Pintu (Pick-up & Return) di mana pihak ASUS sendiri akan aturkan kurier untuk datang ambil laptop terus di depan pintu rumah anda, dan hantar semula apabila ia siap dibaiki sepenuhnya.

Inisiatif ini menegaskan komitmen ASUS untuk bukan sekadar menjual produk, tetapi membina pengalaman pemilikan yang menyeluruh dan memuaskan.

Ketahui lebih lanjut tentang program ASUS ProCare ini dengan layari ASUS No.1 Quality & Service | ASUS Laptop Warranty, Premium Care & Support in Malaysia.

Berkaitan

  • ASUS ExpertBook Ultra Premium, Ringan Dan Lasak Dilancar, Harga Cecah RM21,000
  • ASUS ProArt Edisi GoPro Dipacu AMD Ryzen™ AI MAX+ Berharga RM14,999.00
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY