Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ExpertBook P3 G1

Laptop Ultra Lasak Terbaru ASUS ExpertBook P Series Kini Di Malaysia, Harga Dari RM4,799

Diterbitkan Ogos 7, 2026 · Dikemas kini Ogos 7, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan komputer riba baharu menerusi model ExpertBook P Series yang terdiri daripada P3 G1, P5 G1, dan ASUS ExpertBook PM5 G2 yang direka khas untuk pelajar serta profesional yang mahukan prestasi perniagaan bertaraf perusahaan.

Malah siri ini meneruskan legasi sebelumnya dengan menampilkan rekaan berketahanan tinggi gred tentera, menjadikannya sebuah peranti ultra lasak hampir untuk apa jua keadaan.

Ia diuji bagi memastikan kebolehpercayaan jangka panjang serta keselamatan data pengguna.

Model ExpertBook P3 G1 menawarkan prestasi harian yang mantap, manakala P5 G1 hadir dengan paparan OLED dan keupayaan AI premium untuk tugasan profesional.

Versi paling canggih, PM5 G2, pula menawarkan prestasi tertinggi yang dikuasakan oleh AMD Ryzen AI dengan NPU TOPS untuk prestasi AI yang lebih pantas dan efisien.

P3 G1 KV
ASUS ExpertBook P3 G1 hadir dengan pilihan cip Intel® Core™ Ultra 5 225H atau Ultra 7 255H serta RAM DDR5 16GB, manakala grafik dipacu Intel® Graphics atau Arc™ dengan skrin anti silau. Sementara sokongan storan pula dari 256GB sehingga 6TB.
P5 G1 KV
ASUS ExpertBook P5 G1 pula dipacu Intel® Core™ Ultra 7 255H, sokongan RAM 32GB hingga 64GB dan menggunakan GPU Intel® Graphics dengan skrin OLED.
PM5 G2 KV
ASUS ExpertBook PM5 G2 hadir dengan pilihan CPU AMD Ryzen™ AI 7 445 atau AMD Ryzen™ AI 9 HX 470. GPU pula dari siri AMD Radeon™ dengan skrin OLED.Sokongan RAM pula dari 32GB hingga 64 GB.

Tersedia dalam saiz 14 inci dan 16 inci, ASUS ExpertBook P Series ini dijual dengan harga bermula RM4,799 (ASUS ExpertBook P3 G1), RM7,999 (SUS ExpertBook P5 G1) dan RM9,399 bagi siri ASUS ExpertBook PM5 G2.

Untuk info lanjut tentang spesifikasi, layari laman rasmi All series|Laptops |ASUS Malaysia.

Beli ASUS ExpertBook P Series baharu ini dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clnqi8l
  • Lazada – https://invl.me/clnqi8e

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ExpertBook P3 - Laptop Terpaling Lasak
  • ASUS ExpertBook Ultra Premium, Ringan Dan Lasak Dilancar, Harga Cecah RM21,000
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY