Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney Epic Games_

Bekas Eksekutif Cadang Disney Patut Ambil Alih Epic Games

Diterbitkan Mac 31, 2026 · Dikemas kini Mac 31, 2026 oleh Amalina Athman

Bekas eksekutif Disney, Kevin Mayer, berpandangan Disney perlu mencari pendekatan baharu untuk menjadikan segmen permainan sebagai pemacu pertumbuhan syarikat. Antara cadangan yang dibangkitkan adalah dengan membeli syarikat permainan seperti Epic Games.

Menurut beliau, Epic Games merupakan antara aset yang berpotensi untuk dimiliki, khususnya dalam usaha memperkukuh kedudukan Disney dalam industri permainan.

Former Disney executive Kevin Mayer on Disney's video games strategy.

"He (D'Amaro) has a big investment in Epic Games. Which I think is a great move. He's moved that over to Dana's organization, which is a great signal. He has to figure out what to do there. I think Epic or… pic.twitter.com/muYvAT1a7n

— Boardwalk Times (@BoardwalkTimes) March 30, 2026

Seperti dilaporkan GameSpot, wartawan teknologi Alex Heath turut mendedahkan dalam podcast The Town bahawa beliau mengetahui “dengan pasti” terdapat eksekutif kanan Disney yang berminat untuk mengambil alih Epic Games dan menunggu masa yang sesuai.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua pihak dalam Disney bersetuju dengan idea tersebut dan menganggap langkah itu sebagai idea yang kurang baik.

Ketika ini, Epic Games masih dikawal oleh pengasasnya, dengan CEO Tim Sweeney memegang kuasa penuh terhadap saham undian. Ini bermakna beliau mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan secara sendiri.

Disney paid $7 billion for Pixar, $4 billion for Marvel, $4 billion for Star Wars, and $71 billion for 21st Century Fox. The executive who personally closed all four of those deals just went on CNBC and said Disney's next buy should be Epic Games, the company that makes Fortnite.… https://t.co/DaM3XQYPpA

— Anish Moonka (@anishmoonka) March 30, 2026

Untuk rekod, Disney sebelum ini telah melabur sekitar AS$1.5 bilion dalam Epic Games sebagai sebahagian daripada kerjasama membangunkan pengalaman hiburan berasaskan permainan, termasuk melalui platform seperti Fortnite.

Epic bukanlah satu-satunya syarikat yang pernah dikaitkan sebagai sasaran pengambilalihan Disney. Sejak 2022, Disney dilaporkan berminat untuk mengambil alih Electronic Arts, namun ia tidak menjadi kenyataan. Kini, EA dalam proses pengambilalihan oleh Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi dengan nilai $55 bilion.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Disney+ Perkenal 'Verts' - Suapan Video Menegak Seakan Tiktok
  • OpenAI Akan Tamatkan Aplikasi Sora Selepas Beberapa Bulan Dilancarkan
  • Pemain Fortnite Merosot, Epic Games Terpaksa Buang Lebih 1,000 Pekerja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY