Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Sora OpenAI

OpenAI Akan Tamatkan Aplikasi Sora Selepas Beberapa Bulan Dilancarkan

Diterbitkan Mac 25, 2026 · Dikemas kini Mac 25, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini mengumumkan bahawa ia akan menamatkan sokongan untuk aplikasi video AI Sora hanya kurang enam bulan selepas dilancarkan.

OpenAI tidak memberikan penjelasan lanjut, namun syarikat itu memaklumkan bahawa lebih banyak maklumat akan dikongsikan tidak lama lagi, termasuk garis masa penutupan aplikasi dan API, serta butiran mengenai cara pengguna boleh mengekalkan hasil kerja mereka.

We’re saying goodbye to the Sora app. To everyone who created with Sora, shared it, and built community around it: thank you. What you made with Sora mattered, and we know this news is disappointing.

We’ll share more soon, including timelines for the app and API and details on…

— Sora (@soraofficialapp) March 24, 2026

Secara ringkas, Sora membolehkan pengguna menjana video AI menggunakan wajah individu sebenar. Setiap pengguna perlu memuat naik “cameo” atau video pendek diri sendiri yang akan dijadikan asas kepada arahan AI. Cameo ini juga boleh dikongsi dengan pengguna lain, membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan video AI menggunakan rupa individu tersebut.

OpenAI Sora apps_1

Pada Disember tahun lalu, Disney mengumumkan kerjasama dengan OpenAI yang membolehkan lebih 200 watak daripada Disney, Pixar, Marvel dan Star Wars digunakan dalam video generatif AI melalui platform Sora pada awal 2026.

Namun, dengan perkembangan terbaru ini, laporan The Hollywood Reporter menyatakan Disney turut menarik diri daripada perjanjian tersebut, sekali gus menamatkan pelaburan bernilai $1 bilion serta penggunaan watak-watak berkenaan dalam Sora.

Berkaitan

  • OpenAI Perkenal Sora - Aplikasi Video AI Mirip TikTok
  • Disney Labur $1 Bilion Dalam OpenAI - Lebih 200 Watak Kelak Boleh Diguna Dalam Sora
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • OpenAI Perkenal GPT-5.4 mini, nano - Lebih Pantas Dan Cekap Untuk Pengekodan, Subejen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY