Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fortnite Dijangka Bakal Hadir Semula Ke iOS Tahun Ini

Pemain Fortnite Merosot, Epic Games Terpaksa Buang Lebih 1,000 Pekerja

Diterbitkan Mac 25, 2026 oleh ariff bukhari

Syarikat permainan video Epic Games pada Selasa mengumumkan pengurangan lebih 1,000 pekerjaan selepas penurunan jumlah pengguna bagi judul utamanya, Fortnite, menyebabkan syarikat itu berbelanja “jauh lebih banyak” daripada pendapatan yang diperoleh.

Ketua pegawai eksekutif, Tim Sweeney, memaklumkan keputusan tersebut kepada kakitangan melalui satu mesej dalaman. Beliau berkata langkah pemberhentian itu — bersama penjimatan lebih AS$500 juta melalui pengurangan kontrak, pemasaran dan jawatan kosong — akan membantu syarikat berada dalam kedudukan yang “lebih stabil”.

“Saya minta maaf kita berada di situasi ini sekali lagi,” tulisnya, merujuk kepada pusingan pemberhentian pekerja sebelum ini di Epic Games.

Langkah ini mencerminkan tekanan dalam industri permainan video secara keseluruhan, yang kini berdepan pertumbuhan lebih perlahan, perbelanjaan pengguna yang lemah serta persaingan sengit daripada platform penstriman dan media sosial.

Sweeney turut menyatakan bahawa konsol generasi semasa menunjukkan prestasi jualan yang lebih rendah berbanding generasi sebelumnya.

Namun, beliau mengakui cabaran khusus yang dihadapi Epic, termasuk kesukaran mengekalkan “keajaiban Fortnite” secara konsisten bagi setiap musim permainan serta usaha yang masih di peringkat awal untuk mengoptimumkannya bagi peranti mudah alih.

Dalam masa sama, Sweeney menegaskan keputusan pemberhentian ini tidak berkaitan dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

“Pemberhentian ini bukan disebabkan AI. Sebaliknya, jika AI meningkatkan produktiviti, kami mahu lebih ramai pembangun berbakat menghasilkan kandungan dan teknologi hebat.” katanya

– AFP.

Berkaitan

  • Amazon Bakal Buang 16,000 Pekerja Di Seluruh Dunia
  • Selepas Untung Besar, ASML Umum Akan Buang 1,700 Pekerja
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY