Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Apple Intelligence Kelak Bakal Diintegrasi Dengan Google Gemini

Diterbitkan Februari 24, 2025 · Dikemas kini Februari 24, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor sedang membangunkan keupayaan bagi mengintegrasikan Google Gemini ke dalam Apple Intelligence.

Dalam kemas kini backend yang diperkenalkan bersama iOS 18.4 beta, Apple telah menyertakan pilihan “Google” dan “OpenAI” untuk model pihak ketiga dalam Apple Intelligence. Maklumat ini didedahkan oleh pemerhati kod, Aaron Perris, di X.

Apple's backend has revealed that the next 3rd party iOS-AI integration will be Google Gemini pic.twitter.com/0rIuJhT5Lj

— Aaron (@aaronp613) February 21, 2025

 

Ketika ini, Apple Intelligence membolehkan permintaan Siri dihantar kepada ChatGPT, memberikan jawapan yang lebih kontekstual berbanding kemampuan Siri sendiri.

Penemuan tersebut mencadangkan bahawa model AI Google, Gemini, mungkin akan menjadi pilihan tambahan dalam Apple Intelligence sebagai alternatif kepada ChatGPT.

Walaupun integrasi ini tidak semestinya diperkenalkan dalam iOS 18.4 – terutamanya dengan pelbagai kelewatan Apple Intelligence sebelum ini – ia jelas menunjukkan Apple sedang giat membangunkannya. Berkemungkinan, ia akan tersedia melalui kemas kini iOS 18 yang seterusnya atau iOS 19.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Pada WWDC24, eksekutif perisian Apple Craig Federighi, menyatakan bahawa syarikat itu berhasrat untuk melakukan integrasi dengan model AI lain, termasuk Google Gemini.

Dalam pada itu, Apple juga dijangka melancarkan model perbualan Siri mereka sendiri dalam iOS 19.

Berkaitan

  • Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • "Kami Tak Pernah Bercakap Soal Kenakan Bayaran Untuk Ciri Apple Intelligence" - Tim Cook
  • Kuo: Ciri Apple Intelligence Tidak Tarik Minat Ramai Beli iPhone Baharu

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY