Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kapal Terbang

Korea Selatan Larang Simpan ‘Power Bank’, Rokok Elektronik Di Dalam Kabin Pesawat

Diterbitkan Februari 14, 2025 · Dikemas kini Februari 14, 2025 oleh Amsyar Latif

Korea Selatan mengumumkan langkah keselamatan penerbangan yang lebih ketat berkuat kuasa 1 Mac susulan insiden kebakaran pada pesawat Air Busan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae pada 28 Januari lalu.

Antara peraturan baharu termasuk had bilangan dan kapasiti bateri mudah alih yang dibenarkan dalam penerbangan.

Penumpang hanya boleh membawa maksimum lima bateri berkapasiti 100 watt-jam (Wj) atau kira-kira 26,000-27,000mAh, manakala bateri melebihi 160Wj (kira-kira melebihi 43,000mAh) dilarang sepenuhnya.

Selain itu, mengecas bateri mudah alih dalam pesawat juga tidak dibenarkan.

Pemeriksaan keselamatan akan diperketatkan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan ini.

Kementerian Pengangkutan turut memutuskan untuk mengharamkan penyimpanan ‘power bank’ dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan kabin atas kepala, seperti yang telah dipraktikkan oleh Air Busan sebelum ini.

Keputusan ini dibuat bagi mengurangkan risiko kebakaran yang berpunca daripada bateri mudah alih, meskipun punca sebenar kebakaran pada pesawat Air Busan masih dalam siasatan.

Insiden tersebut dikesan oleh kru kabin di bahagian belakang pesawat, namun semua penumpang berjaya dipindahkan dengan selamat.

Menurut piawaian keselamatan penerbangan antarabangsa, bateri tidak boleh diletakkan dalam bagasi daftar masuk kerana berisiko menyebabkan kebakaran jika mengalami litar pintas akibat kerosakan atau kecacatan pengilangan.

Berkaitan

  • UGREEN Lancar Dua ‘Power Bank’ Nexode Baharu, Pengecasan Lebih 100W
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Power Bank CUKTECH Kini Di Malaysia
  • Air Busan Kini Larang Simpan Bank Kuasa Di Dalam Kabin Pesawat

Sumber: reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY