Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Perkenal Ciri ‘Voice Chat’ Seakan Discord

WhatsApp Perkenal Ciri ‘Voice Chat’ Seakan Discord

Diterbitkan November 14, 2023 · Dikemas kini November 14, 2023 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memperkenal ciri voice chat seakan di Discord, untuk kumpulan dengan bilangan ahli yang ramai.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen

Sebelum itu, perlu diketahui voice chat atau sembang suara adalah berbeza dengan panggilan suara. Sembang suara membolehkan pengguna bercakap serta-merta secara langsung dengan ahli kumpulan, dan dalam masa yang sama boleh menghantar mesej dalam kumpulan.

Ketika ini, ia hanya boleh diakses untuk kumpulan yang mempunyai ahli antara 33 hingga 128 orang. 

Seperti yang dikongsi dalam gambar di bawah, terdapat ikon gelombang pada bahagian atas di hujung kanan nama kumpulan.

WhatsApp voice chat

Sembang suara akan dimulakan secara automatik jika pengguna menekan pada ikon tersebut. Berbanding panggilan suara, ahli kumpulan akan menerima push notification untuk menyertainya tanpa deringan.

Seterusnya, pengguna boleh melihat ahli yang telah menyertai sembang suara tersebut.

WhatsApp Perkenal Ciri ‘Voice Chat’ Seakan Discord

Sembang suara akan ditamatkan secara automatik setelah semua ahli meninggalkan sembang tersebut. Sebagai tambahan, sembang suara juga akan ditamatkan sekiranya tiada sesiapa menyertai individu pertama atau terakhir dalam sembang tersebut dalam tempoh 60 minit.

Ciri ini telah pun mula tersedia untuk pengguna iOS dan Android, secara berperingkat.

Sumber: WhatsApp via WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY