Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga ASUS RTX 5090 Edisi Emas 24 Karat Kini Cecah RM45 Ribu

Harga ASUS RTX 5090 Edisi Emas 24 Karat Kini Cecah RM45 Ribu

Diterbitkan Mei 13, 2025 · Dikemas kini Mei 13, 2025 oleh ariff bukhari

Asus telah melancarkan versi mewah kad grafik Nvidia GeForce RTX 5090 yang dikenali sebagai ROG Astral GeForce RTX 5090 “Dhahab OC Edition” atau Edisi Emas pada awal Februari lalu.

Ia telah mencuri perhatian pengunjung dengan kehadirannya di Festival Sukan Esports Dubai 2025 yang baru berakhir 11 Mei lepas.

Harga Nvidia GeForce RTX 5090 yang standard boleh mencecah hingga $3,000 ekoran produksinya yang terhad.

Tetapi versi baru kad grafik tersebut adalah lebih mahal dua kali ganda, selepas Asus menambah lagi beberapa emas sebenar ke dalam bahagian produk tersebut.

ROG Astral GeForce RTX™ 5090 Dhahab OC Edition

Khusus untuk pasaran Timur Tengah, kad grafik ini dilengkapi 6.5 gram emas 24 karat pada kerangkanya dan dihiasi imej pencakar langit serta kaligrafi Arab sebagai simbol budaya Timur Tengah.

https://x.com/ROG_ME/status/1921524074418995417

Kad grafik itu juga dilengkapi empat kipas dan ruang wap khas, memastikan penyejukan optimum dan mudah untuk overclocking.

Terdapat peruncit di Arab Saudi menjual GPU itu dengan harga sekitar $7,964 (~RM34,500).

Tetapi Videocardz juga mengesan kad tersebut ditawar dengan harga $10,563 (~RM45,800) di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Selepas 10 Tahun, Google Lancar Logo Baharu
  • Penyaman Udara Selamatkan Manusia, Tapi Boleh Bunuh Planet

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY