Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FILES-INDIA-ASIA-CLIMATE-WEATHER-AIR CONDITIONING

Penyaman Udara Selamatkan Manusia, Tapi Boleh Bunuh Planet

Diterbitkan Mei 13, 2025 · Dikemas kini Mei 13, 2025 oleh ariff bukhari

Eleni Myrivili, Ketua Pegawai Haba Global untuk UN-Habitat, memberi amaran bahawa bandar-bandar seperti Miami, Athens, dan Santiago berubah menjadi “ketuhar” disebabkan gelombang haba melampau.

Bandar yang dipenuhi asfalt bertindak sebagai perangkap haba, dengan  perubahan iklim memperburukkan lagi keadaan.

Sebagai contoh, secara purata di bahagian Mediterranean di Eropah mempunyai kira-kira 29 hari tekanan haba yang kuat (berbanding dengan purata untuk tempoh rujukan 1991–2020), tetapi kini ia melompat dari 29 (purata) kepada 66 (hari) pada musim panas 2024.

Peningkatan luar biasa ini adalah kesan daripada purata suhu global yang telah melebihi 1.5 darjah Celsius dari era pra-industri.

Ini juga menjadi faktor kepada peningkatan permintaan penyaman udara yang kini bukan lagi satu keperluan untuk kesenangan mewah.

Sebaliknya, ia adalah satu peralatan rumah penting yang membolehkan anda tidur nyenak.

AFP melaporkan, di India sahaja, penyaman udara telah terjual sebanyak 14 juta unit sepanjang tahun 2024 lalu.

Ia sekali gus menjadikan India pasaran penyaman udara yang berkembang paling cepat di dunia, walaupun hanya kira-kira tujuh peratus isi rumah di negara itu mempunyai unit tersebut.

Malah, pasaran penyaman udara India dijangka berkembang daripada 14 juta unit semasa kepada 30 juta unit dari segi jumlahnya menjelang 2030.

Ledakan ini diramalkan negara dengan populasi terbesar di dunia itu terpaksa mengandakan pengeluaran elektriknya untuk memenuhi permintaan.

Negara dengan 1.4 bilion penduduk itu sudah pun menjadi penyumbang kepada pemanasan iklim terbesar ketiga di dunia melalui pengeluaran gas rumah hijau selepas membakar satu bilion tan arang batu pada 2024-25, menurut satu kenyataan kerajaan negara itu.

Myrivili mengingatkan bahawa penyaman udara bukan penyelesaian lestari kerana ia hanya menyejukkan ruang kecil tetapi memanaskan kawasan awam.

Sebagai usaha membendung keaadan menjadi lebih teruk, Myrivili mencadangkan penyelesaian yang lebih lestari berasaskan alam semula jadi seperti memperbanyakkan kawasan teduhan dan menggunakan elemen air.

Projek di Athens, misalnya, melibatkan kempen kesedaran haba, struktur teduhan berpendingin, dan perancangan bandar dengan lebih banyak tumbuhan hijau.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Cat Baharu Nissan Bantu Kekalkan Suhu Sejuk Kereta Di Bawah Panas Terik
  • Yamaha MT-09 PHEV — Masa Depan Dua Roda Dah Sampai

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY