Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
logo google baru

Selepas 10 Tahun, Google Lancar Logo Baharu

Diterbitkan Mei 13, 2025 · Dikemas kini Mei 13, 2025 oleh ariff bukhari

Google secara tiba-tiba sahaja awal hari ini memperkenalkan logo baharu.

Perubahan ini mungkin diterima pengguna secara berperingkat pada aplikasi Google dalam peranti.

Logo baharu yang diperkenalkan secara diam-diam pada peranti iOS dan Pixel, Google menggantikan huruf “G” berwarna blok dengan versi kecerunan (gradient) warna, tapi masih mengekalkan bentuk huruf yang sama serta susunan warna merah-kuning-hijau-biru yang terang.

Ini merupakan kemas kini terbesar kepada identiti visual Google sejak ia menggantikan serif dengan  sans-serif, Product Sans, pada tahun 2015 dahulu.

logo google lama
Rupa huruf ‘G’ pada aplikasi google sebelum ini.

Pada tahun 2013, Google merupakan antara syarikat teknologi pertama yang beralih daripada reka bentuk logo bertekstur kepada logo rata, mencetuskan era “blanding” dengan logo sans-serif yang ringkas.

Reka bentuk ini bukan sahaja estetik tetapi juga praktikal, memudahkan paparan pada pelbagai skrin dan media.

Pada tahun 2015, Google mempermudahkan logo ikoniknya kepada satu huruf “G” sahaja.

Penggunaan kecerunan warna untuk logo baharu adalah pilihan selamat, memandangkan banyak syarikat teknologi seperti Instagram dan Apple Music telah lama menggunakan elemen ini dalam logo dan penjenamaan mereka.

Kecerunan dianggap selamat tetapi menarik, lembut tetapi jelas, dan serasi dengan pelbagai gaya.

Beberapa produk milik Google juga telah menggunakan kecerunan, seperti antara muka YouTube dengan kecerunan merah-ke-magenta dan alat AI Google, Gemini.

Setakat ini, perubahan belum muncul pada aplikasi lain seperti Gmail atau Google Maps, tetapi perubahan ini tetap signifikan bagi syarikat sebesar Google.

Berkaitan

  • SanDisk Dijenamakan Semula Dengan Logo Baharu
  • iOS 18.5 Kini Boleh Dimuat Turun - Lebih 30 Isu Keselamatan Dibaiki
  • AS, China Setuju Kurangkan Tarif Sebanyak 115% Selama 90 Hari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY