Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ExpertBook Ultra 2026

ASUS ExpertBook Ultra Premium, Ringan Dan Lasak Dilancar, Harga Cecah RM21,000

Diterbitkan Jun 10, 2026 · Dikemas kini Jun 10, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS hari ini memperkenalkan ExpertBook Ultra, komputer riba AI premium berprestasi di ASUS Next Enterprise Summit 2026.

Direka dengan spesifikasi paling berprestasi untuk profesional, komputer riba ini seringan 0.99 kg, menampilkan reka bentuk yang dibangun menggunakan bahan binaan magnesium-aluminum  bergred angkasa lepas yang tahan lasak.

WhatsApp Image 2026-06-10 at 14.54.15
ASUS ExpertBook Ultra juga tahan air. Jadi, anda tidak perlu bimbang jika tertumpah air di atasnya.
WhatsApp Image 2026-06-10 at 14.51.23
WhatsApp Image 2026-06-10 at 14.52.20

Dengan pemproses Intel® Core™ Ultra X7 Series 3, ia menghamburkan kuasa penuh prestasi yang diperlukan pengguna profesional tanpa kompromi.

Kuasa grafiknya juga berprestasi menerusi GPU Intel Arc B390 yang mengatasi RTX4050 dan diterjemahkan menerusi paparan 14 inci 3K Tandem OLED anti silau yang tahan lasak dengan kecerahan 1400 nits serta kadar segara 120Hz.

ASUS ExpertBook Ultra cip
ASUS ExpertBook Ultra GPU
ASUS ExpertBook Ultra 2026 1

Dimuatkan dengan bateri 70Wh, ASUS ExpertBook Ultra mampu bertahan sehingga 26 jam, sekali gus menetapkan standard baharu untuk komputer riba perniagaan. Malah dengan 30 minit pengecasan, baetri laptop ini boleh

Sebagai sebuah laptop AI, ia turut menyokong pengalaman AI tempatan seperti transkripsi masa nyata, terjemahan automatik, dan carian dokumen pintar melalui MyExpert AI Suite.

ASUS ExpertBook Ultra 2026 2

ASUS menegaskan bahawa ini bukan sekadar laptop, tetapi “flagship industri” yang menjadi simbol kuasa dan gaya untuk eksekutif yang memerlukan sebuah peranti mudah alih bagi memenuhi keperluan kerja mereka yang sentiasa bergerak.

Manakan tidak, memori RAM laptop ini boleh dimuatkan sehingga 64 GB LPDDR5x @ 9600 MT/s dan storan M.2 PCIe® Gen 5.0 sehingga 2TB.

ASUS ExpertBook Ultra 2026 4(1)

ASUS ExpertBook Ultra (B9406CAA) tersedia di Malaysia dengan harga jualannya bermula RM8,599.

Tapi bagi model ExpertBook Ultra dengan paparan Tandem OLED, harga jualannya bermula dari RM16,999  sehingga RM20,999.

WhatsApp Image 2026-06-10 at 15.32.59

Malah sempena pelancarannya, pembeli turut menerima ganjaran berupa kad eGift Malaysia Airlines RM500 (sehingga 31 Julai 2026).

ExpertBook Ultra boleh dibeli terus dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clnhml7
  • Lazada – https://invl.me/clnj2ul

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ExpertBook P3 - Laptop Terpaling Lasak
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • (Ulasan) ASUS ExpertBook Ultra - Laptop Korporat Paling 'Ultra', Tapi Ada Sesuatu Yang Kurang
  • (Ulasan) ASUS Zenbook S14 (UX5406A) - Laptop Ultra Premium Untuk Anda Berbajet Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY