Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ExpertBook P3 1

(Ulasan) ASUS ExpertBook P3 – Laptop Terpaling Lasak

Diterbitkan Oktober 28, 2025 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: ASUS ExpertBook P3

Wiser memberi ASUS ExpertBook P3 skor 8.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM5,399 semasa ulasan ini diterbitkan pada 28 Oktober 2025.

Produk ASUS ExpertBook P3
Skor Wiser 8.5/10
Harga (semasa ulasan) RM5,399
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 28 Oktober 2025

Kelebihan

  • Sangat tahan lasak
  • Perkakasan mudah dinaik taraf
  • Insiden air termasuk dalam jaminan
  • Skrin besar 16" anti silau
  • Jaminan termasuk bateri 3 tahun

Kekurangan

  • Berat 1.78kg

Beli di: Shopee · Lazada

Pada tahun 2025 ini, ASUS telah membariskan barisan laptop berprestasi yang bukan sahaja dari segi prestasi dalaman, tetapi juga ketahanan fizikal.

Salah satunya adalah ASUS ExpertBook P3 yang merupakan pilihan ideal bagi golongan profesional yang mahukan kuasa pemprosesan untuk pelbagai tugas serta ketahanan yang mampu menangani pelbagai aktiviti lasak.

ASUS ExpertBook P3

Dari segi reka bentuk, ExpertBook P3 tampil dengan badan aluminium penuh berwarna “Misty Grey” yang elegan dan profesional.

Salah satu kelebihan utama ialah bateri 63Wh yang mampu bertahan sehingga 12 jam penggunaan tanpa perlu dicas. Dengan sokongan pengecasan pantas (60% dalam 49 minit), pengguna boleh bergerak bebas tanpa risau mencari soket.

Ini menjadikannya ideal untuk eksekutif yang kerap bermesyuarat di luar pejabat atau bekerja secara mobil.

ASUS ExpertBook P3
ExpertBook P3 dilengkapi paparan 16 inci WUXGA anti-silau dengan nisbah 16:10 memberikan ruang kerja yang luas.

Dari segi prestasi, ExpertBook P3 dilengkapi teknologi termal baharu ASUS ExpertCool yang membolehkan CPU laptop ini beroperasi pada tahap 45W TDP secara konsisten tanpa gangguan haba.

Ini bermakna anda boleh menjalankan pelbagai aplikasi serentak tanpa tersekat-sekat sepanjang hari tanpa isu prestasi.

ASUS ExpertBook P3
ASUS ExpertBook P3 hadir dalam varian Intel® Core™ i5-13420H dan Intel® Core™ i7-13620H.

Terpaling lasak

Rasanya, untuk kategori pengguna umum, belum ada laptop yang dapat menandingi ketahanan ExpertBook P3.

Tidak sekadar di atas kertas, ExpertBook P3 terbukti telah berjaya melepasi 24 ujian ketenteraan MIL-STD-810H, termasuk ujian engsel 50,000 kali.

ASUS ExpertBook P3
Lihatlah betapa kuatnya bingkai dan engsel ExpertBook P3 ini.

Malah ketahanan port laptop ini mampu menahan tekanan sehingga 8kg. Ini menjadikannya sesuai untuk pengguna industri, jurutera tapak, atau sesiapa yang memerlukan peranti tahan lasak.

Jadi, kalau ada orang tersadung kabel pengecas atau kabel LAN laptop ni, anda janganlah risau sebab port laptop ni takkan rosak, memang betul-betul tahan lasak.

ASUS ExpertBook P3 3
Walaupun dengan rekaan nipis, laptop ini sebenarnya agak berat juga iaitu 1.78kg. Jadi, jika anda mahukan laptop ringan dan nipis, ASUS ExpertBook P3 bukanlah untuk anda.
ASUS ExpertBook P3 2

Jaminan bateri 3 tahun

Bagi mereka yang mementingkan servis selepas jualan pula, anda jangan bimbang kerana ASUS menawarkan jaminan 3 tahun di seluruh Malaysia.

Jadi, jika anda ada sebarag isu dengan laptop ini, ASUS akan datang ke lokasi anda.

Malah jaminan ini turut meliputi bateri, bermakna anda boleh menukar bateri laptop ini secara percuma setiap tahun sepanjang tempoh jaminan itu.

ASUS ExpertBook P3
ExpertBook P3 tersedia dengan perlindungan antivirus McAfee Premium selama 3 tahun secara percuma.

Secara keseluruhan, ASUS ExpertBook P3 sesuai untuk golongan profesional dan perniagaan yang memerlukan laptop tahan lasak, berprestasi dan selamat, lengkap dalam satu pakej.

Dengan harga bermula RM5,399, ia menawarkan nilai luar biasa untuk sebuah laptop bersaiz 16″, tahan lasak serta mesra servis lepas jualan.

(Model ASUS ExpertBook P3 14″ juga kini sudah tersedia di pasaran Malaysia)

Berkaitan

  • ASUS ExpertBook PM3 - Laptop AI Paling Tahan Lasak Dipacu AMD
  • ASUS ExpertCenter P500 - 'Desktop' Untuk PKS Dengan Waranti 3 Tahun
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY