Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Superkomputer AI Terbaharu Taiwan Guna Lebih 1,700 GPU NVIDIA

Superkomputer AI Terbaharu Taiwan Guna Lebih 1,700 GPU NVIDIA

Diterbitkan Mei 20, 2025 · Dikemas kini Mei 20, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam usaha mengatasi cabaran kompleks dalam pembangunan AI, sains iklim dan pengkomputeran kuantum, ASUS dan NVIDIA melancarkan superkomputer baharu di Pusat Pengkomputeran Berprestasi Tinggi Nasional (NCHC) Taiwan yang menawarkan prestasi AI lebih 8 kali ganda berbanding sistem Taiwania 2 sebelum ini.

Superkomputer ini akan dilengkapi dengan sistem NVIDIA HGX H200 dengan lebih daripada 1,700 GPU, sistem NVIDIA GB200 NVL72 dengan pemproses NVIDIA HGX B300 yang berasaskan platform NVIDIA Blackwell Ultra.

Ia disambungkan pula melalui rangkaian NVIDIA Quantum InfiniBand yang dijangka beroperasi pada hujung tahun ini.

Malah NCHC turut merancang untuk menambah superkomputer AI peribadi menerusi NVIDIA DGX Spark dengan sistem NVIDIA HGX untuk pengkomputeran awan.

Dengana adanya superkomputer baharu ini, ia akan memanfaatkan penyelidik dari institusi pendidikan, agensi kerajaan dan perniagaan kecil di Taiwan di mana mereka boleh memohon untuk mengakses sistem ini bagi mempercepatkan projek inovatif.

Superkomputer AI Terbaharu Taiwan Guna Lebih 1,700 GPU NVIDIA
Superkomputer ini juga digunakan dalam penyelidikan iklim. NCHC menggunakan platform NVIDIA Earth-2 dan model AI seperti CorrDiff, GraphCast, dan FourCastNet untuk meningkatkan ketepatan ramalan cuaca dan simulasi iklim.

Dalam bidang pengkomputeran kuantum, NCHC membangunkan alat seperti Quantum Molecular Generator dan cuTN-QSVM menggunakan platform CUDA-Q dan cuQuantum.

Superkomputer baharu ini bakal memperkukuh kedudukan Taiwan dalam AI, iklim, dan teknologi kuantum, menyokong inovasi dipelbagai sektor dan mempercepatkan kemajuan sains serta teknologi negara itu.

Berkaitan

  • NVIDIA Umum Harga Rasmi Dan Varian Superkomputer AI Terkecil Di Dunia
  • Malaysia Rancang Ketatkan Pemantauan Aliran Cip Nvidia
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Nvidia Cari Jalan Selamat – Dilapor Reka Cip AI Baharu Yang Lulus Sekatan AS

Sumber: NVIDIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY