Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro X3 KV-BM

Astro X3 Dilancar 20 Julai Ini – Penstriman Tanpa Dekoder, Langganan Bermula RM39.99/Bulan

Diterbitkan Julai 7, 2026 ยท Dikemas kini Julai 8, 2026 oleh Amalina Athman

Astro bakal melancarkan Astro X3, iaitu pilihan langganan baharu yang membolehkan pengguna menstrim kandungan tanpa memerlukan Astro Box atau pemasangan, bermula 20 Julai 2026.

Melalui Astro X3, pengguna hanya memerlukan sambungan internet dan peranti yang serasi untuk mula menstrim kandungan. Berbeza dengan langganan Astro sedia ada, perkhidmatan ini boleh diaktifkan secara dalam talian tanpa memerlukan proses pemasangan atau kehadiran juruteknik, sekali gus membolehkan pengguna mengakses kandungan sejurus selesai mendaftar.

Astro X3_03

Astro X3 akan mula ditawarkan pada 20 Julai 2026 menerusi dua pelan kontrak 12 bulan, iaitu Entertainment 12 Pack pada harga RM39.99 sebulan dan Sports 12 Pack pada harga RM89.99/bulan.

Sementara itu, pilihan langganan tanpa kontrak hanya akan diperkenalkan mulai Disember 2026. Astro memaklumkan pelan tersebut merangkumi Entertainment Pack dengan harga langganan RM59.99 sebulan dan Sports Pack pada harga RM109.99/bulan. Ini bermakna pelanggan yang melanggan ketika pelancaran pada Julai masih belum mempunyai pilihan tersebut.

Langganan Astro X3_01

Pengguna yang berminat boleh mendaftarkan minat lebih awal melalui laman rasmi Astro untuk menerima pemberitahuan sebaik sahaja perkhidmatan itu dilancarkan.

Perbandingan antara produk Astro_Astro X3

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Astro Perkenal Pakej Penstriman Lebih Jimat - Disney+ Dan Prime Video Hanya RM25 Sebulan
  • Saluran RTM Kekal Di Astro - Berita RTM, Sukan+ Akan Ditawarkan Tidak Lama Lagi
  • Lebih Banyak Kandungan Disney+ Akan Tersedia Di Platform Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY