Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saluran RTM Kekal Di Astro – Berita RTM, Sukan+ Akan Ditawarkan Tidak Lama Lagi

Saluran RTM Kekal Di Astro – Berita RTM, Sukan+ Akan Ditawarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Jun 26, 2026 ยท Dikemas kini Jun 26, 2026 oleh Amalina Athman

Saluran TV1, TV2 dan TV Okey akan terus disiarkan di platform Astro, NJOI dan Sooka selepas RTM dan Astro bersetuju memperkukuh kerjasama bagi memastikan kandungan awam terus dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia melalui pelbagai platform penyiaran.

Selain mengekalkan tiga saluran televisyen tersebut, pelanggan Astro juga bakal menerima akses kepada Berita RTM, Sukan+ serta rangkaian saluran radio RTM dalam masa terdekat.

Menurut RTM dan Astro, inisiatif ini dijangka memperluas akses pengguna kepada kandungan awam yang berkualiti, dipercayai dan relevan, di samping memperkukuh penyampaian maklumat berkepentingan nasional kepada pelbagai lapisan masyarakat.

RTM dan Astro menjelaskan perubahan landskap media serta perkembangan teknologi memerlukan kerjasama yang lebih erat antara pemain industri. Sehubungan itu, kedua-dua pihak komited untuk terus memperluaskan kerjasama dalam pembangunan kandungan tempatan, memperkasa bakat kreatif negara serta menyokong pertumbuhan industri media yang lebih berdaya saing dan relevan.

Kedua-dua pihak turut berkongsi aspirasi untuk membangunkan ekosistem media yang lebih mesra pengguna. Kerjasama ini dijangka dapat membantu memastikan kandungan berkualiti terus dapat diakses pada kos yang berpatutan dan tidak membebankan pengguna.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM
  • RTM Minta Pengguna Ikut Cara Ini Jika Ada Isu Tonton Piala Dunia 2026 Di RTMKlik
  • Astro Perkenal Pakej Penstriman Lebih Jimat - Disney+ Dan Prime Video Hanya RM25 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY