Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pop Up Channel SCREAM_Apr25_FA

Astro Tawar Akses Percuma Saluran Khas ‘SCREAM’ Sepanjang Mei

Diterbitkan April 29, 2025 · Dikemas kini April 29, 2025 oleh Amalina Athman

Astro kini mengumumkan saluran khas SCREAM (Saluran 100), yang menampilkan pelbagai kandungan seram dan thriller, boleh diakses secara percuma mulai 1 hingga 31 Mei 2025.

Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan Astro boleh menikmati saluran ini tanpa sebarang caj tambahan melalui TV, On Demand dan aplikasi Astro GO.

Pop Up Channel SCREAM_Apr25_FA

Lebih 160 cerita seram tersedia menerusi lapan bahasa – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Hindi, Bahasa Korea, Bahasa Indonesia dan Bahasa Thai. Antaranya termasuk dua kandungan premiere iaitu Kingston (2025) dan The Door (2025).

Sun NXT

Bahasa Malaysia

Bermula hari ini, semua pelanggan Astro juga boleh menambah Sun NXT dalam langganan sedia ada. Ia menawarkan pelbagai pilihan filem, rancangan TV, dan siaran langsung dalam enam pilihan bahasa India menerusi Ultra/Ulti Box, laman web atau aplikasi pintar.

Sun NXT ditawarkan di Astro dalam dua pilihan berikut:

  • Sun NXT Lite: Ditawarkan tanpa caj tambahan kepada pelanggan pek Indian Favourites/Maharaja, Sun NXT Lite membawakan kandungan dari enam saluran Sun TV HD, Sun Music HD, Sun Life, Sun News, Adithya, dan KTV – berserta lebih 2,000 jam kandungan on-demand.
  • Sun NXT Premium: Ditawarkan kepada semua pelanggan Astro pada harga RM25/sebulan (RRP RM28), pengguna boleh menikmati semua kandungan Sun NXT, termasuk akses kepada 34 saluran pelbagai bahasa, dan lebih 50,000 jam kandungan on-demand, memberikan pengalaman tontonan yang menyeluruh dan memuaskan.

Rimba Kita: Strim & Menang

Sempena sambutan Hari Bumi Sedunia, Astro turut menjemput semua pelanggan untuk strim dokumentari Wild Sky dan menyertai kempen Rimba Kita: Strim & Menang.

TGV Movie-V4_Rewards_Feb25

Untuk setiap strim unik, Love Nature akan menyumbang RM1 ke dana Astro Rimba Kita untuk penanaman pokok. Dengan setiap tontonan, pengguna juga berpeluang untuk memenangi jam tangan pintar Garmin vivomove Sport hybrid bernilai sehingga RM5,000.

Kempen ini berlangsung sehingga 20 Mei 2025 dan pengguna boleh mendaftar untuk penyertaan menerusi aplikasi MyAstro. Untuk maklumat lanjut, layari Earth Day Rimba Kita – Strim & Win.

Berkaitan

  • Astro Peroleh Hak Penyiaran EPL Sehingga 2028
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Aplikasi Max Kini Di Astro Ultra & Ulti Box - Naik Taraf Max Ultimate Turut Tersedia
  • Prime Video Kini Ditawarkan Di Astro Ultra & Ulti Box - Akses Dua Bulan Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY